Cara artikulasi |
---|
Obstruen |
Hentian |
Letusan |
Geseran |
Sibilan |
Sonoran |
Sengau |
Tamparan |
Getaran |
Aproksiman |
Cecair |
Vokal |
Separuh vokal |
Sisian |
Arus udara |
Ejektif |
Implosif |
Klik |
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan] |
Konsonan malaran tak geser, malaran tak bergeser atau aproksiman ialah bunyi sebutan yang boleh disifatkan sebagai perantara bunyi vokal dan konsonan "biasa". Ketika menyebut malaran tak geser, organ-organ penyebutan menyempitkan saluran suara, tetapi membuka ruang secukupnya untuk udara mengalir tanpa banyak gelora yang boleh didengar. Justeru, malaran tak geser lebib terbuka berbanding geseran. Golongan bunyi ini merangkumi malaran sisian seperti [l] (l dalam lama) dan malaran separuh vokal seperti [j] (y dalam ya) dan [w] (w dalam wau).