Konstantin Rokossovsky (Poland: Konstanty Ksawerowicz Rokossowski, Rusia: Константин Константинович Рокоссовский; 21 Disember [G.L.: 9 Disember] 1896 – 3 Ogos 1968) ialah seorang pegawai tertinggi Soviet berketurunan Poland yang menjadi Marsyal Kesatuan Soviet, Marsyal Poland dan berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan Poland. Beliau adalah diantara panglima Tentera Merah yang paling menonjol semasa Perang Dunia II, terutamanya terkenal dalam merancang dan melaksanakan Operasi Bagration, iaitu salah satu kejayaan Tentera Merah yang paling muktamad dalam peperangan.