Koordinat selenografi merujuk kepada kedudukan di permukaan Bulan. Apa jua lokasi di permukaan qamari dapat dirujuk dengan menggunakan dua nilai berangka, yang boleh diumpamakan dengan latitud dan longitud Bumi.
Longitud memberikan kedudukan pada sebelah timur ataupun barat meridian perdana Bulan, iaitu garis longitud yang melintasi titik permukaan qamari yang mengarah ke Bumi (lihat meridian perdana Bumi). Ini boleh diumpamakan sebagai titik pertengahan Bulan yang dapat dilihat dari Bumi. Latitud pula memberi kedudukan di utara ataupun selatan khatulistiwa qamari. Kedua-dua koordinat ini diberikan dalam darjah.
Ahli astronomi mentakrif lokasi asas sistem koordinat selenografi dengan kawah "Mosting A", sebuah satelit berbentuk seakan-akan mangkuk. Koordinat kawah ini ditakrif sebagai:
Latitud: | 3° 12' 43.2" Selatan |
Longitud: | 5° 12' 39.6" Barat |
Sistem koordinat ini ditakrif persis dengan Eksperimen Penjulatan Laser Qamari.
Apa-apa yang melewati 90°T ataupun 90°B tidak kelihatan dari Bumi, melainkan librasi yang membuat 59% Bulan dapat dilihat.