Kota Damansara | |
---|---|
Transkripsi Lain-lain | |
• Tulisan Jawi | كوتا دامنسارا |
• Bahasa Cina | 哥打白沙罗 |
Koordinat: 3°11′38″N 101°34′40″E / 3.19389°N 101.57778°EKoordinat: 3°11′38″N 101°34′40″E / 3.19389°N 101.57778°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Petaling |
Mukim | Sungai Buloh |
Kawasan parlimen | Sungai Buloh |
Kawasan negeri | Kota Damansara |
Penubuhan | 1992 |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Bandaraya Petaling Jaya |
• Ahli Dewan Undangan Negeri[1] | Muhammad Izuan Ahmad Kasim |
• Ahli Parlimen | Ramanan Ramakrishnan |
Aras | 70 m (230 ft) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 47810 Petaling Jaya |
Kod kawasan | +603 |
Plat pendaftaran kenderaan | B |
Kota Damansara (Jawi: كوتا دامنسارا ; Cina: 哥打白沙罗) ialah sebuah kawasan perbandaran di Lembah Klang, Malaysia. Secara pentadbiran, Kota Damansara merupakan petempatan dalam zon pecahan pentadbiran Mukim Sungai Buloh, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Petaling. Selangor. Kota Damansara juga merupakan sebuah bandar dalam selian Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kota Damansara dikenali sebagai Seksyen PJU 5 (Petaling Jaya Utara 5) dan mempunyai luas sekitar 4,000 ekar (16.2 km2). Ia dipecahkan kepada 13 seksyen.[2][3]