Krisis diplomatik Qatar 2017 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Hubungan luar Qatar | |||||||
![]() Qatar Negara-negara yang menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar Negara-negara yang mengurangkan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta daripada Qatar | |||||||
| |||||||
Pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian diplomatik | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() | ||||||
a Kerajaan yang diakui antarabangsa yang menamatkan hubungan dengan Qatar. b Kerajaan yang berpusat di Tobruk hilang pengiktirafan antarabangsa selepas penubuhan Kerajaan Permuafakatan Kebangsaan pada bulan Januari 2016. Kerajaan pusat di Tobruk mendakwa menamatkan hubungan dengan Qatar meskipun tidak mempunyai perwakilan diplomatik di negara ini. |
Krisis diplomatik Qatar 2017 bermula pada 5 Jun 2017 apabila beberapa negara secara tiba-tiba menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar. Pada awalnya, negara-negara yang terlibat adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir, dan Maldives. Penamatan ini juga merangkumi sekatan perdagangan dan perjalanan.
Arab Saudi dan beberapa negara lain telah mengkritik Al Jazeera dan hubungan Qatar dengan Iran, dan menuduh Qatar membiayai pertubuhan pengganas. Qatar menafikan bahawa ia menyokong keganasan, dan mendakwa ia telah membantu Amerika Syarikat dalam Perang Menentang Keganasan dan campur tangan ketenteraan melawan ISIL yang masih berlangsung.
Tindakan diplomatik Arab Saudi secara lisannya telah disokong oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Banyak negara di wilayah ini termasuk Turki, Rusia dan Iran, meminta agar krisis ini diselesaikan melalui rundingan damai.