Kronometer marin merupakan sejenis jam yang cukup persis dan tepat untuk digunakan sebagai piawaian waktu mudah alih, justeru ia boleh digunakan untuk menentukan kedudukan garis bujur secara pelayaran cakerawala. Sewaktu mula-mula dicipta pada abad ke-18, kronometer marin merupakan suatu pencapaian teknikal yang besar kerana pengetahuan waktu yang jitu adalah penting untuk pelayaran jangka masa panjang memandangkan tiadanya bantuan elektronik mahupun komunikasi. Kronometer sebenar yang pertama adalah hasil usaha sepanjang hayat oleh seorang lelaki bernama John Harrison yang tekun bereksperimentasi dan menguji selama 31 tahun yang merevolusikan pelayaran laut (dan udara) serta mempercepat Zaman Penemuan dan Kolonialisme.
Istilah chronometer (yang dipercayai dicipta pada tahun 1714 oleh Jeremy Thacker, seorang pesaing awal untuk hadiah yang ditawarkan oleh Akta Longitud pada tahun yang sama)[1] kini lebih digunakan untuk memerikan jam tangan yang diuji dan diperakui mencapai piawaian kepersisan tertentu. Jam-jam yang dibuat di Switzerland boleh tertera perkataan 'chronometer' hanya jika diperakui oleh COSC (Institut Pengujian Kronometer Rasmi Switzerland).
Dismissing other solutions to the longitude problem, Thacker wrote "In a word, I am satisfied that my Reader begins to think that the Phonometers, Pyrometers, Selenometers, Heliometers and all the Meters are not worthy to be compared to my Chronometer"