Rencana ini perlu dikemas kini.(November 2021) |
Nama penuh | Kelab Bola Sepak Bandaraya Kuala Lumpur | ||
---|---|---|---|
Gelaran | Budak Bandaraya | ||
Nama pendek | KB Kuala Lumpur | ||
Diasaskan | 1974 2020 sebagai KB Kuala Lumpur Bersatu 2021 sebagai KB Bandaraya Kuala Lumpur | sebagai Persatuan Bola Sepak Wilayah Persekutuan
||
Stadium | Stadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur (Kapasiti: 18.000) | ||
Pemilik | Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | ||
CEO | Stanley Bernard Stephen Samuel | ||
Pengurus | Mohd Hamidi Abu Bakar | ||
Jurulatih | Bojan Hodak | ||
Liga | Liga Super Malaysia | ||
2022 | Ke-6 dari 12, Liga Super Malaysia | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
Musim semasa |
Kelab Bola Sepak Bandaraya Kuala Lumpur adalah sebuah kelab bola sepak yang bertanding dalam saingan Liga Super Malaysia. Kelab ini diambil alih oleh RBJ Curry House pada September 2020 atas arahan penswastaan. Pada awal penubuhan tahun 1974 kelab ini dikenali sebagai Wilayah Persekutuan dan diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Wilayah Persekutuan.
Kelab menjuarai Liga Malaysia pada 1986 dan 1988 dan mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut pada 1987, 1988, dan 1989 selain Piala FA Malaysia pada 1993, 1994, dan 1999.
Kelab turut mempunyai tradisi dengan pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor. Pertemuan tersebut dikenali sebagai Seteru Lembah Klang.