Kuaterner | |
---|---|
![]() Peta dunia sewaktu epok Pleistosen, sekitar 1 Ma | |
Kronologi | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Tempoh |
Unit stratigrafi | Sistem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah |
|
Sempadan bawah GSSP | Keratan Monte San Nicola, Gela, Sicily, Itali 37°08′49″N 14°12′13″E / 37.1469°N 14.2035°E |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 2009 (as base of Quaternary and Pleistocene)[3] |
Takrif sempadan atas | Masa kini |
Sempadan atas GSSP | N/A |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | N/A |
Data atmosfera dan iklim | |
Kandungan purata O2 di atmosfera | c. 20.8 vol % (104 % berbanding aras moden) |
Kandungan purata CO2 di atmosfera | c. 250 ppm (1 kali ganda berbanding sebelum zaman industri) |
Purata suhu permukaan | c. 14 °C (0 °C lebih tinggi berbanding paras moden) |
Kuaterner ialah nama tempoh geologi terkini daripada tiga tempoh yang wujud sewaktu Era Senozoik pada skala masa geologi Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa (ICS).[4] Ia mengikuti Tempoh Neogen dan menjangkau dari 2.58 juta tahun dahulu sehingga ke masa kini.[5] Sehingga tahun 2023, Tempoh Kuaterner dibahagikan kepada dua epok: Pleistosen (2.58 juta tahun dahulu hingga 11.7 ribu tahun dahulu) dan Holosen (11.7 ribu tahun dahulu sehingga ke hari ini); epok ketiga, Antroposen, baru-baru ini telah dicadangkan, tetapi ia tidak diiktiraf secara rasmi oleh ICS.
Tempoh ini mula diungkapkan pada tahun 1822 dalam bahasa Perancis (quaternaire turunan kata bahasa Latin quaterni yang bermaksud "yang seberempat, kempat-empat sekaligus"[6]) oleh Jules Desnoyers pada terbitan tahun 1829 di nota kaki terlampir dengan gambaran sifat lapisan mendapan dasar lembangan sungai Seine di Perancis yang didapati berusia lebih muda daripada batu-batu sedia ada yang pada tempoh Tertier (tertiaires):[7]
...ces bassins ne contiendraient, selon moi, que les terrains tertiaires d'âge ancien et d'âge moyen, dépôts inégalement répandus dans d’autres bassins, où se sont formées des couches plus récentes...et que ces formations postérieures, Quaternaires pour ainsi dire, ne doivent pas plus conserver le nom d’alluvions que les vrais et anciens terpains tertiaires, dont il faut également les distinguer.
("...lembangan-lembangan ini mengandungi, pada pendapat saya, tanah Tertier purba dan pertengahan [sahaja], yang teragih tidak sama di lembangan-lembangan lain di mana lapisan lebih baru terbentuk...bentukan-bentukan lebih baharu ini, yang "Berempat", mengandungkan tanah alluvium sama dengan yang ada pada [lapisan] "Ketiga" yang dibezakan.")
Tempoh Kuaterner biasanya ditakrifkan dengan kitaran pengembangan dan penghakisan lembar ais benua yang berkaitan dengan kitaran Milankovitch dan perubahan iklim, serta persekitaran yang berkaitan yang disebabkan oleh kehadiran lembar ais tersebut.[8][9]
Qui est composé de quatre, qui est disposé par quatre; qui est divisible par quatre