Kubis, kobis كوبيس | |
---|---|
![]() | |
Spesies | Brassica oleracea |
Kumpulan kultivar | Capitata |
Asal | Eropah, sebelum 1000 SM |
Ahli kumpulan kultivar |
|
Kubis bulat (Jawi: كوبيس بولت ; bahasa Inggeris: Cabbage) atau nama saintifiknya Brassica oleracea merupakan sejenis sayur daun. merupakan nama sains bagi bunga kubis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang atau sulfur, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kubis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser [perlu rujukan] malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus[perlu rujukan]
Kubis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. [perlu rujukan] Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. [perlu rujukan] Amalan memakan kubis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.[perlu rujukan]
Kubis bulat banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.