Kuching | |
---|---|
Bandar Raya Kuching | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | کوچيڠ |
• Cina | 古晋 Gǔjìn (Hanyu Pinyin) |
• Tamil | கூச்சிங் Kūcciṅ (Transliterasi) |
Negara | Malaysia |
Wilayah | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Kuching |
Daerah | Daerah Kuching |
Didirikan oleh Kesultanan Brunei | 1827 |
Dibangunkan oleh James Brooke | 18 Ogos 1842 |
Perbandaran | 1 Januari 1953 |
Didirikan (Menerima status bandaraya) | 1 Ogos 1988 |
Pentadbiran | |
• Jenis |
|
• Datuk Bandar (Kuching Selatan) | Wee Hong Seng |
• Datuk Bandar (Kuching Utara) | Tuan Haji Hilmy bin Haji Othman |
Keluasan | |
• Bandar Kuching | 431.02 km2 (166 batu persegi) |
Aras | 27 m (89 ft) |
Aras tertinggi | 810.2 m (2,658.1 ft) |
Penduduk (2022) | |
• Bandar Kuching | 439,951 |
• Metro | 829,208 (termasuk juga populasi penduduk di Daerah Padawan yang berjumlah 389,257 orang penduduk) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Poskod | 93xxx |
Nombor plat | QK, QA |
Laman sesawang | Kuching Utara: www Kuching Selatan: www |
Kuching atau Bandar Raya Kuching[4] (Tulisan Jawi: كوچيڠ) merupakan, ibu kota wilayah dan bandaraya metropolitan terbesar di Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Bahagian Kuching dan memerlukan 2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur sahaja. Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di pulau Borneo yang meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt2) dengan jumlah populasi penduduk sekitar 138,397 orang penduduk di kawasan pemerintahan Kuching Utara dan juga sebanyak 301,554 orang penduduk di kawasan pemerintahan Kuching Selatan. Jika digabungkan, jumlah kesemuanya ialah 439,951 orang.
Kuching ialah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan Empayar Brunei. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepada James Brooke bagi membantu kerajaan Brunei menamatkan pemberontakan. Bandar ini terus mendapat perhatian dan pembangunan selama pemerintahan Charles Brooke seperti pembangunan sistem sanitasi, hospital, penjara, Fort Margherita, dan bazar. Pada tahun 1941, pemerintahan Brooke merayakan Perayaan Centenary di Kuching. Selama Perang Dunia II, Kuching diduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 sehingga 1945. Jepun mendirikan kem Batu Lintang berdekatan Kuching untuk menahan dan menyeksa tawanan perang. Setelah perang tamat, bandar ini tetap masih bertahan teguh. Namun, Rajah terakhir Sarawak, Sir Charles Vyner Brooke, memutuskan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebahagian daripada Mahkota British pada tahun 1946. Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh pemerintahan Mahkota British. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Kuching juga tetap dikekalkan menjadi ibu kota wilayah dan mendapat status sebagai bandar raya pada tahun 1988. Sejak itu, bandar raya Kuching dibahagi menjadi dua wilayah pemerintahan yang dikawal selia oleh dua pemerintah perbandaran yang berbeza. Pusat pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Kuching yang mempunyai pelbagai keunikan terdapat di ibu kota ini menjadikan ia merupakan diantara daya tarikan utama bagi pelancong dan merupakan pintu gerbang utama bagi pelancong mengunjungi Sarawak dan Kalimantan.[5] Taman Negara Tanah Lembap Kuching terletak sekitar 30 kilometer (19 bt) dari bandar dan terdapat banyak tarikan lainnya di dalam dan sekitar Kuching seperti Taman Negara Bako, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF), Dewan Undangan Negeri Sarawak, Astana, Fort Margherita, Muzium Kucing, serta Muzium Sarawak. Bandar ini telah menjadi salah satu pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur.[6][7]
Pada 2015, Kuching dipilih menjadi bandaraya untuk mengadakan Badminton Grand Prix Malaysia-Antarabangsa yang bertempat di Johor Bahru sebelum ke Pulau Pinang.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Santubong
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Bunyard2000