Śrī Māriyammaṉ Kōvil ஸ்ரீ மாரியம்மன் கோவில் | |
---|---|
Kuil Sri Maha Mariamman | |
Nama: | Śrī Māriyammaṉ Kōvil ஸ்ரீ மாரியம்மன் கோவில் |
Pencipta: | K. Thamboosamy Pillay |
Tarikh pembinaan: | 1873 |
Dewa-dewi utama: | Mariamman |
Seni bina: | Seni bina Dravidia |
Lokasi: | Kuala Lumpur |
Kuil Sri Mahamariamman (Tamil: ஸ்ரீ மகாமாரியம்மன் திருக்கோவில், Śrī Māriyammaṉ Kōvil) adalah kuil Hindu tertua di Kuala Lumpur, Malaysia.[1] Diasaskan pada tahun 1873, ia terletak di pinggir Chinatown di Jalan Bandar (dahulunya High Street).Kuil Sri Mahamariamman terutamanya didedikasikan kepada dewi Sri Mahamariamman, yang merupakan manifestasi dewi Parvati dalam mitologi Hindu.
Sejak penubuhannya, kuil ini menyediakan tempat ibadat yang penting untuk pendatang India awal dan kini merupakan warisan budaya dan nasional yang penting.