Kumari Kandam | |
---|---|
![]() "Lemuria" dalam kesusasteraan mistik nasionalis Tamil sebagai Kumari Kandam, menghubungkan Madagascar, India Selatan, dan Australia (meliputi sebahagian besar Lautan Hindi). | |
Jenis | Benua mitos, dipercayai telah hilang.[1] |
Lokasi yang terkenal | Lautan Hindi |
Penampilan pertama | SKanda Puranam (didakwa dirujuk dalam kesusasteraan Sangam, tetapi bukan dengan nama ini). |
Kumari Kandam (Tamil: குமரிக்கண்டம், romanized: Kumarikkaṇṭam) ialah sebuah benua mitos yang dipercayai telah hilang bersama tamadun Tamil purba. Ia dikatakan terletak di selatan benua kecil India di Lautan Hindi. Nama dan ejaan alternatif termasuk Kumarikkandam dan Kumari Nadu.
ada abad ke-19, beberapa sarjana Eropah dan Amerika membuat spekulasi tentang kewujudan sebuah benua tenggelam yang dipanggil Lemuria untuk menjelaskan persamaan geologi dan lain-lain antara Afrika, Australia, benua kecil India, dan Madagascar. Sebahagian golongan kebangkitan semula Tamil mengadaptasi teori ini, mengaitkannya dengan legenda wangsa Pandya tentang tanah yang hilang ke lautan seperti yang diterangkan dalam kesusasteraan Tamil dan Sanskrit kuno. Menurut penulis-penulis ini, sebuah tamadun Tamil purba wujud di Lemuria sebelum ia hilang ke dasar laut akibat sebuah bencana.
Pada abad ke-20, penulis Tamil mula menggunakan nama Kumari Kandam untuk menggambarkan benua tenggelam ini. . Menurut mereka, Kumari Kandam adalah tempat di mana dua akademi kesusasteraan Tamil pertama (sangam) dianjurkan semasa pemerintahan Pandyan. Mereka mendakwa Kumari Kandam sebagai tempat asal peradaban untuk membuktikan keaslian dan kepurbaan bahasa serta budaya Tamil.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Bane2014