Kumpulan Wagner (Bahasa Rusia: Группа Вагнераcode: ru is deprecated , tr.Gruppa Vagnera), juga dikenali sebagai PMC Wagner[48] (Bahasa Rusia: ЧВК[a] «Вагнер»code: ru is deprecated , tr.ChVK «Vagner»[49]; har. Syarikat Ketenteraaan Swasta Wagner), ialah sebuah organisasi separa tentera Rusia.[48] Ia digambarkan sebagai syarikat tentera swasta (PMC), rangkaian tentera upahan, atau tentera persendirian de facto Presiden Rusia Vladimir Putin.[48][50] Kumpulan tersebut beroperasi di luar undang-undang di Rusia, di mana syarikat tentera swasta dilarang dari segi undang-undang.[51][52][50] Kerana syarikat tersebut beroperasi untuk menyokong kehendak Rusia, ia kerap menerima peralatan daripada Kementerian Pertahanan Rusia (MoD) dan menggunakan infrstruktur ketenteraan MoD untuk latihan, Kumpulan Wagner dikatakan sebagai unit de facto MoD atau agensi perisikan tentera Rusia, GRU.[53] Walaupun Kumpulan Wagner sendiri tidak didorong oleh mana-mana ideologi,[54][55] pelbagai elemen Wagner telah dikaitkan dengan neo-Nazisme dan ekstremisme sayap kanan.[48][56][57]
Ia dispekulasi secara meluas bahawa Kumpulan Wagner digunakan oleh kerajaan Rusia untuk membenarkan penafian bagi tindakan-tindakan kerajaan, serta mnyembunyikan kadar pengorbanan nyawa dan kos kewangan sebenar campur tangan kerajaan Rusia di negara asing.[58] Kumpulan tersebut mula dikenali secara meluas semasa bertindak di perang Donbas di Ukraine, di mana ia membantu pasukan pemisah pro-Rusia dari Donetsk dan Republik Rakyat Luhansk,yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri, dari tahun 2014 hingga 2015.[48] Ahli-ahli kontrak Wagner telah dilaporkan mengambil bahagian dalam pelbagai konflik di seluruh dunia, termasuk perang saudara di Syria, Libya, Republik Afrika Tengah dan Mali, di mana mereka sering berperang bagi pihak tentera yang sejajar dengan kerajaan Rusia.[48] Koperasi Wagner telah melakukan dan mengendalikan pelbagai jenayah perang di kawasan mereka beroperasi.[48][59][60] Tuduhan-tuduhan jenayah-jenayah perang tersebut termasuk rogol dan rompakan orang awam,[61] serta penyeksaan mereka yang dituduh membelot pihak Rusia, Wagner, atau mana-mana pihak yang sekutu dengan mereka.[62][63]
Wagner telah memainkan peranan yang besar dalam pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, di mana, antara pelbagai aktiviti lain, mereka telah dilaporkan diarahkan untuk membunuh pemimpin-pemimpin politik dan tentera Ukraine,[64] serta merekrut tahanan untuk bertempur di barisan hadapan.[65][66] Pada Disember 2022, Penyelaras Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat John Kirby mendakwa bahawa Wagner mempunyai sebanyak 50,000 askar di Ukraine, termasuk 10,000 kontraktor dan 40,000 bekas banduan yang telah direkrut.[67] Pihak lain telahpun meletakkan bilangan banduan yang direkrut lebih daripada 20,000 askar,[68] dengan jumlah keseluruhan PMC yang hadir di Ukraine dianggarkan 20,000 askar.[69] Pada 2023, Rusia memberikan status veteran perang kepada kontraktor Wagner yang mengambil bahagian dalam pencerobohan tersebut.[70]
Selepas bertahun-tahun menafikan hubungan dengan Kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin, seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Putin, mengakui pada September 2022 bahawa dia telah "mengasaskan" kumpulan askar upahan tersebut.[71][72]
^Ling, Justin (15 March 2022). "Moscow Turns U.S. Volunteers Into New Bogeyman in Ukraine". Foreign Policy. Dicapai pada 26 June 2022. The propaganda campaign has extolled the Wagner Group as hunting neo-Nazis and extremists. Yet the group's own ties to the Russian far-right are well documented: The likely founder of the group has the logo of the Nazi Schutzstaffel tattooed on his neck. Various elements of the current Wagner Group have ties to neo-Nazis and far-right extremism.
^Soufan, Ali; Sales, Nathan (5 April 2022). "One of the worst ways Putin is gaslighting the world on Ukraine". NBC News. NBC. The Wagner Group is named after the 19th century German composer Richard Wagner, whose music Adolf Hitler adored. The group's leader, Dmitry Utkin, reportedly wears Nazi tattoos, including a swastika, a Nazi eagle and SS lightning bolts. Wagner mercenaries are reported to have left behind neo-Nazi propaganda in the war zones where they’ve fought, including graffiti with hate symbols.