Kundasang

Kundasang, juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Historical town of Kundasang atau kadangkala dikenali dari kalangan orang tempatan sebagai Pekan Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu dan berjiran dengan Pekan Nabalu.[1] Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.

Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang.

Kundasang
Pekan dan Mukim
Pekan Kundasang
Pekan Kundasang
Lokasi Pekan Kundasang dalam Daerah Ranau
Kundasang yang terletak di Malaysia Timur
Kundasang
Kundasang
Koordinat: 5°59′11.3″N 116°34′30.6″E / 5.986472°N 116.575167°E / 5.986472; 116.575167
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahRanau
Mukim
Kundasang
  • Mukim dalam Daerah Ranau
  • ‎ 1. Kundasang
  • ‎ 2. Kaingaran
  • ‎ 3. Malinsau
  • ‎ 4. Tagudon
  • ‎ 5. Lohan/Bongkud
  • ‎ 6. Nalapak/Sagindai
  • ‎ 7. Paginatan
  • ‎ 8. Perancangan
  • ‎ 9. Randagong
  • ‎10.Tambiau/Mohimboyon
  • 11. Tanah Rata
  • 12. Timbua
  • 13. Liwagu
  • 14. Paus
  • 15.Kapangian/Suminimpod
Pentadbiran
 • DUNYang Berhormat Datuk Dr. Joachim Gunsalam (GRS-PBS) (Kundasang) Gabungan Rakyat Sabah
Aras
1,900 m (6,200 ft)
Aras tertinggi
4,095 m (13,435 ft)
Penduduk
 (2023)
 • Jumlah~10,000
Zon waktuGMT +08:00
Kawasan KejirananPekan Nabalu
Tamu MingguanJumaat
  1. ^ "Kundasang after Pekan Nabalu by Sabah Tourism". Sabah Tourism. 2022.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne