Kupu-kupu | |
---|---|
![]() | |
Kupu-kupu Rajah Brooke | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
(tanpa pangkat): | Rhopalocera
|
Subkumpulan | |
|
Kupu-kupu[1] (Jawi: كوڤو٢; bahasa Inggeris: butterfly) atau kulimambang (Jawi: کوليممبڠ Bru.) adalah sejenis serangga terbang daripada order Lepidoptera, sama seperti rama-rama. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik. Seperti serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada empat bahagian, telur, larva, pupa dan dewasa. Kebanyakan spesies merupakan diurnal (berjaga siang). Kupu-kupu terdiri daripada kupu-kupu sejati (superfamili Papilionoidea), skipper (superfamili Hesperioidea) dan kupu-kupu rerama (superfamili Hedyloidea). Semua famili yang lain dalam Lepidoptera dipanggil rama-rama. Fosil kupu-kupu yang terawal datang dari pertengahan zaman Eosen, iaitu 40–50 juta tahun dahulu.[2]