Kyoto
京都 | |
---|---|
京都市 · Kyoto City | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Kansai |
Wilayah | Wilayah Kyoto |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Daisaku Kadokawa (門川大作) |
Keluasan | |
• Jumlah | 827.90 km2 (319.65 batu persegi) |
Penduduk (April 2008) | |
• Jumlah | 1,465,917 |
• Kepadatan | 1,779/km2 (4,610/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
- Pokok | Dedalu Menjulai, Mapel Jepun dan Katsura |
- Bunga | Camellia, Azalea dan Ceri Gula |
Nombor telefon | 075-222-3111 |
Alamat | 488 Teramachi-Oike, Nakagyō-ku, Kyōto-shi, Kyōto-fu 604-8571 |
Laman sesawang | City of Kyoto |
Kyoto (京都 , Kyōto) (Sebutan bahasa Jepun: [kjoːto] ( dengar)) ialah sebuah bandaraya di wilayah Kyoto yang berada di tengah-tengah pulau Honshū, Jepun, diduduki oleh hampir 1.5 juta orang. Bekas ibu kota diraja Jepun ini kini merupakan pusat pentadbiran Wilayah Kyoto, dan juga sebahagian utama kawasan metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto (Keihanshin).