La Liga

LaLiga EA Sports
NegaraSepanyol
KonfederasiUEFA
Ditubuhkan1929; 96 tahun yang lalu (1929)
Bilangan pasukan20 (sejak 1997–98)
Disingkirkan keSegunda División
ArasTahap 1
Piala domestikCopa del Rey
Supercopa de España
Piala antarabangsaLiga Juara-Juara UEFA
Liga Europa UEFA
Liga Konferensi UEFA
Juara semasaReal Madrid (Kejuaraan ke-36) (2023–24)
Kejuaraan terbanyakReal Madrid (Kejuaraan ke-36)
Penampilan terbanyakAndoni Zubizarreta (661)
Joaquín (736)
Penjaring gol terbanyakLionel Messi (474)[1]
Rakan TVSepanyol (Movistar Plus+)
MalaysiaIndonesiaSingapuraBrunei (beIN Sports)
Tapak sesawanglaliga.com
La Liga 2024–25

Primera División lebih dikenali sebagai La Liga atau LaLiga EA SPORTS FC atas sebab penajaan bank Sepanyol iaitu EA Sports[2] merupakan pertandingan liga bola sepak profesional tahap tertinggi di Sepanyol disertai sebanyak 20 pasukan. Tiga pasukan terbawah disingkirkan ke Segunda División dan diganti dengan dan pasukan teratas dan play-off diantara kedudukan ke-3 sehingga ke-6 dalam divisyen tersebut.

Sejumlah 60 pasukan pernah bersaing dalam La Liga, sembilan daripadanya pernah digelar juara. Sejak 1950-an, Real Madrid dan FC Barcelona telah mendominasi kejuaraan tersebut dengan memenangi 33 kali dan Barcelona sebanyak 24 kali. Walau bagaimanapun, semasa 1930-an dan 1940-an dan dalam dua dekad lepas, La Liga pernah dijuarai oleh lain pasukan termasuk Valencia, Atlético Madrid, Sevilla, Deportivo de La Coruña, Athletic Bilbao, Real Sociedad dan Real Betis.

La Liga adalah satu daripada liga sukan profesional paling popular di dunia, dengan purata kehadiran 26,741 untuk perlawanan liga dalam musim 2014–15. Ini merupakan keenam tertinggi dalam mana-mana liga sukan profesional tempatan di dunia dan ketiga tertinggi dalam mana-mana liga bola sepak profesional, di belakang Bundesliga, Liga Perdana Inggeris dan Liga Super India.

  1. ^ Lama, John; Lama, Chhewang (2022). "Goal analysis of Lionel Messi's 474 goals in LaLiga". International Journal of Health Sciences. doi:10.53730/ijhs.v6nS1.5504.
  2. ^ "LaLiga and Santander strike title sponsorship deal". LaLiga. 21 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-25. Dicapai pada 21 July 2016.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne