Labu merangkumi buah bagi beberapa spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Cucurbitaceae, khususnya Cucurbita dan Lagenaria. Istilah ini merujuk pada sebilangan spesies dan subspesies, yang kebanyakannya bercangkang keras dan sesetengahnya pula tiada. Salah satu jenis tumbuhan domestik terawal iaitu subspesies labu air, Lagenaria siceraria, telah ditemukan di tapak arkeologi bertarikh dari seawal 13,000 SM. Labu mempunyai banyak kegunaan sepanjang sejarah, termasuk sebagai peralatan, alat muzik, barang kesenian, wayang, dan makanan.