Laluan 4 | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | 4호선(四號線) Sa Hoseon |
Jenis | Alihan pantas |
Sistem | Kereta Api Bawah Tanah Metropolitan Seoul |
Status | Beroperasi |
Terminal | Danggogae Oido |
Stesen | 48 26-Seoul Metro 22-Korail |
Operasi | |
Dibuka | 20 April 1985 |
Pengendali | Seoul Metro & Korail |
Teknikal | |
Panjang aliran | 72.1 km (44.8 bt) 31.7 km (19.7 bt) Seoul Metro[1] 40.4 km (25.1 bt) Korail[2] |
Bilangan landasan | 2 |
Laluan 4 (digelar Laluan Biru) Kereta Api Bawah Metropolitan Tanah Seoul ialah lintasan panjang dari barat daya ke timur laut di seluruh kawasan ibu negara Seoul. Bahagian pusat di Seoul dikendalikan oleh Seoul Metro dengan peralihan ke Laluan Ansan dan Gwacheon kendalian Korail. Terminal selatan (Oido) terletak di Jeongwang 4-dong, Bandar Siheung, dan terminal utara (Danggogae) berada di Sanggye 4-dong, Nowon-gu, utara Seoul.
Semua kereta api di utara akan berhenti di Danggogae, kecuali pada waktu malam di mana mereka ke pelbagai stesen. Separuh dari perkhidmatan berpindah ke selatan di Sadang, dan setengah lagi ke Oido atau Ansan. Perkhidmatan kereta api ekspres berhenti di semua stesen antara Danggogae dan Sanbon, kemudian di Sangnoksu, Jungang, Ansan, dan semua stesen ke Oido. Perkhidmatan ekspres hanya beroperasi pada waktu sibuk pada hari kerja.