Laluan Jingga لالوان جيڠݢ | |
---|---|
![]() | |
![]() Stesen McGill yang terletak di Laluan Jingga | |
Umum | |
Nama asal | Ligne orange Ligne 2 |
Jenis | Alihan laju |
Sistem | ![]() |
Status | Beroperasi |
Lokasi | Montreal ![]() ![]() |
Terminal | Côte-Vertu Montmorency |
Stesen | 31 |
Operasi | |
Dibuka | 14 Oktober 1966 |
Sambungan terakhir | 28 April 2007 |
Pengendali | Perbadanan Pengangkutan Montreal (STM) |
Stok kereta api | MR-73, MPM-10 |
Teknikal | |
Panjang aliran | 30.0 km (18.6 bt) |
Tolok landasan | 1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai) |
Pengelektrikan | Rel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan |
Kelajuan operasi | 40 km/j (25 mph) |
Laluan Jingga (Perancis: Ligne orange) atau juga dikenali sebagai Laluan 2 merupakan salah satu daripada empat laluan kereta api bagi Metro Montreal di Montreal, Quebec, Kanada. Ia membentuk sebahagian daripada rangkaian asal dan telah dilanjutkan dari tahun 1980 hingga 1986. Pada 28 April 2007, tiga stesen baru di Laval dibuka, menjadikannya laluan kedua yang menjangkau dari pulau Montreal.
Panjang laluan Jingga ialah 30 kilometer (19 bt) dan ia mempunyai 31 buah stesen. Laluan ini merupakan laluan kereta api bawah tanah (metro) terpanjang di Montreal dan yang kedua terpanjang di Kanada selepas Laluan Yonge–University bagi Kereta Api Bawah Tanah Toronto. Seperti rangkaian metro yang lain, laluan ini juga sepenuhnya berada di bawah tanah. Ia mempunyai bentuk seperti huruf U, dari stesen Côte-Vertu di barat laut Montreal sehingga ke Montmorency di Laval, timur laut Montreal.