Laluan MRT Bulatan


Laluan MRT Bulatan
لالوان بولتن
Laluan MRT Bulatan pada peta Singapura.
Umum
Nama lainCircle Line (bahasa Inggeris)
地铁环线 (Cina)
இணைப்பு எம்ஆர்டி வழி (Tamil)
JenisTransit aliran deras
SistemSistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)
StatusBeroperasi
Dalam pembinaan (Tahap 6)
TerminalDhoby Ghaut
Stadium (Kesemua kereta api yang bertolak dari Marina Bay akan berakhir di sini semasa waktu luar puncak)
HarbourFront
Marina Bay
Stesen30 (Beroperasi)
3 (Dalam pembinaan)
Perkhidmatan3
Penumpang harian398,000 (Mei 2015)
Operasi
Dirancang dibuka2025; 0 tahun yang lalu (2025) (Tahap 6)
Akan ditentukan (Bukit Brown)
Dibuka28 Mei 2009; 15 tahun yang lalu (2009-05-28) (Tahap 3)
17 April 2010; 14 tahun yang lalu (2010-04-17) (Tahap 1 dan 2)
8 Oktober 2011; 13 tahun yang lalu (2011-10-08) (Tahap 4 dan 5)
14 Januari 2012; 13 tahun yang lalu (2012-01-14) (lanjutan Laluan Bulatan)
PemilikPenguasa Pengangkutan Darat
PengendaliSMRT Trains (SMRT Corporation)
CiriBawah tanah
DepotKim Chuan
Stok kereta apiC830
C830C
C851E (Masa depan)
Teknikal
Panjang aliran35.5 km (22.1 bt) (Beroperasi)
4 km (2.5 bt) (Dalam pembinaan)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
Kelajuan operasihad laju 78 km/j (48 mph)
Peta laluan
Templat:Laluan MRT Singapura/Bulatan

Laluan Bulatan[1] (bahasa Inggeris: Circle Line, CCL) ialah laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) keempat di Republik Singapura. Laluan kereta api bawah tanah sepenuhnya ini mempunyai kepanjangan 35.5 kilometer (22.1 bt) dengan 30 buah stesen dari Dhoby Ghaut hingga ke HarbourFront (tidak termasuk Bukit Brown). Satu laluan susur (lanjutan laluan Circle) menghubungkan Promenade dengan Teluk Marina melalui Bayfront. Laluan Circle ialah laluan kedua di Singapura yang beroperasi secara automatik dan tanpa pemandu sepenuhnya, dan ia antara laluan alihan laju tanpa pemandu terpanjang di dunia.[2]

Laluan Circle merupakan laluan bermuatan sederhana pertama di Singapura. Sebagai laluan jenis tersebut, setiap kereta api bagi laluan Circle mempunyai konfigurasi tiga gerabak berbanding enam gerabak seperti yang terdapat pada laluan–laluan MRT yang lain (kecuali laluan Downtown). Sehingga Mei 2015, jumlah perjalanan penumpang hariannya adalah seramai 398,000 orang.[3]

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Circle ditunjukkan dengan warna jingga (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "CC" atau "CE".

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A2
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A3

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne