Laluan Ampang dan Sri Petaling

Laluan Ampang dan Sri Petaling
لالوان امڤڠ دان سري ڤتاليڠ
3 4
Kereta api berhenti di stesen Awan Besar
Kereta api berhenti di stesen Awan Besar
Umum
Nama lainLRT Laluan Ampang dan Sri Petaling
JenisAlihan laju
SistemRapid KL - LRT KL Sistem 1 (LRT1)
StatusBeroperasi
LokasiLembah Klang
Terminal AG01  SP01  Sentul Timur (utara)
 AG18  Ampang (timur)
 SP31  KJ37  Putra Heights (barat daya)
Stesen36 + 2 stesen simpanan
Perkhidmatani) Sentul Timur - Ampang
ii) Sentul Timur - Putra Heights
Penumpang harian170,814 (suku ke-4, 2018)[1]
Penumpang60.96 juta (2018)[1]
Nombor laluan3 dan 4
Laman sesawangmyrapid.com.my
Operasi
Dibuka16 Disember 1996; 28 tahun yang lalu (1996-12-16)
Sambungan terakhir30 Disember 2016; 8 tahun yang lalu (2016-12-30)
PemilikPrasarana Malaysia
PengendaliRapid Rail
CiriBertingkat dan searas tanah
DepotDepot Ampang dan Depot Kuala Sungai Baru
Stok kereta apiPengangkutan rel ringan bersendi CSR Zhuzhou
50 set kereta api enam gerabak[2]
Lebar: 2.65 m (8 ka 8 in)
Panjang: 84 m (276 ka)
Teknikal
Panjang landasan45.1 km (28.0 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
PengelektrikanRel ketiga, 750 VDC
Kelajuan operasiPurata: 60 km/j (37 mph)
Map
Lokasi laluan Ampang dan Sri Petaling

Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling ialah laluan kereta api alihan laju ketiga dan keempat di Lembah Klang. Ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang, di mana laluan ini dari Sentul Timur sehingga ke Ampang dan Putra Heights. Nama Laluan Ampang dinamakan sempena terminalnya iaitu stesen Ampang manakala bagi Laluan Sri Petaling, ia dinamakan sempena bekas stesen terminalnya, Sri Petaling. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan-laluan Ampang dan Sri Petaling ditunjukkan dengan warna jingga dan merah manggis berserta petunjuk bernombor 3 dan 4 masing-masing.

Rangkaian laluan tersebut terdiri daripada landasan sepanjang 45.1 kilometer (28.0 bt) dengan 36 buah stesen dan dua stesen simpanan. Rangkaian ini juga menggunakan tolok landasan piawai dan kereta api separa automatik, merupakan yang pertama seumpamanya di Lembah Klang.

Pada awal rangkaian ini bermula iaitu pada 1992, sistem ini dikenali sebagai LRT STAR (singkatan bagi Sistem Transit Aliran Ringan). Setelah syarikat Rapid Rail mengambil alih operasi sistem ini pada 2005, nama sistem ini ditukar untuk merujuk kepada dua cabang sistem ini iaitu Laluan Ampang dan Sri Petaling.

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama stats2018
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama media1

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne