Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Sultan Abdul Aziz Shah Airport
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
لاڤڠن تربڠ سلطان عبدالعزيز شاه
苏丹阿卜杜勒阿齐兹沙阿机场
சுல்தான் அப்துல் அஜீஸ் ஷா விமான நிலையம்
Maklumat umum
JenisAwam
Pemilik/pengendaliSubang Skypark
BerkhidmatLembah Klang, Selangor, Malaysia
LokasiSubang, Selangor, Malaysia
Koordinat03°07′52″N 101°32′53″E / 3.13111°N 101.54806°E / 3.13111; 101.54806Koordinat: 03°07′52″N 101°32′53″E / 3.13111°N 101.54806°E / 3.13111; 101.54806
Hab untuk
Bandar tumpuan untuk
Zon masaMST (UTC+08:00)
Tapak sesawangsubangskypark.com Sunting nilai ini di Wikidata
Sejarah
Dibuka30 Ogos 1965; 59 tahun yang lalu (1965-08-30)
Ciri-ciri
Status penggunaanBeroperasi Sunting nilai ini di Wikidata
Ketinggian AMSL89 ft / 27 m
Landasan terbang
Arah Panjang Permukaan
meter kaki
15/33 3,780 12,402 Konkrit asfalt
Perangkaan (2020)
Penumpang949,934 ( 58.0%)
Pengangkutan udara (tan)58,260 ( 68.1%)
Pergerakan Pesawat49,454 ( 38.6%)
Peta
Map
SZB yang terletak di Selangor
SZB
SZB
Lokasi Lapangan Terbang di Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
SZB yang terletak di Semenanjung Malaysia
SZB
SZB
SZB (Semenanjung Malaysia)
SZB yang terletak di Malaysia
SZB
SZB
SZB (Malaysia)
SZB yang terletak di Asia Tenggara
SZB
SZB
SZB (Asia Tenggara)
SZB yang terletak di Asia
SZB
SZB
SZB (Asia)
Catatan kaki
Rujukan: laman sesawang rasmi[1]
Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[2]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (IATA: SZBICAO: WMSA), ialah sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia, yang terletak di Selangor. lapangan terbang tersebut terletak di Subang, Selangor. Pada masa kini lapangan terbang ini digunakan untuk penerbangan sewa khas dan penerbangan komunititurboprop.

Sebelum pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 1999, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan lapangan terbang Kuala Lumpur, Malaysia yang utama.

Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi untuk penerbangan pada 30 Ogos 1965, dan mempunyai landasan terpanjang (panjang 3.7 km, lebar 45 m) di Asia Tenggara ketika itu. Ia mempunyai 3 terminal - Terminal 1 untuk penerbangan antarabangsa, Terminal 2 khas untuk penerbangan Malaysia-Singapura dan Terminal 3 untuk penerbangan domestik. Pada masa ini bangunan Terminal 3 telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Skypark menjadi hub utama operasi syarikat penerbangan komuniti Firefly beroperasi dengan 12 pesawat ATR72-500 selain dari hub kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Dibangunan Skypark Subang selain kaunter tiket Firefly terdapat juga Kaunter tiket Penerbangan Malaysia dan AirAsia walaupun kedua-dua syarikat ini beroperasi di KLIA.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan juga pusat baikpulih keseluruhan serta pemeriksaan peringkat D dan E pesawat B737-400/800 , B777-200 , B747-400/200 , A330 , F50 dan ATR72 dimana terdapat tiga bangunan hangar Penerbangan Malaysia. Terdapat juga bangunan latihan juruterbang dimana ianya memiliki dua simulasi B737-400 selain masing-masing satu unit B747-400, B777-200, A380-800 , F50 , A330 dan simulasi ATR72 milik Firefly digunakan bersama Maswings selain diperuntukan slot masa dengan bayaran tertentu untuk latihan syarikat lain seperti Berjaya Air , Aseman Air. Simulasi B737-800 ditempatkan di Glenmarie Shah Alam.

Firefly ATR 72 dan Berjaya Airlines Dash 7, parkir di Skypark Subang.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne