The 9/11 Commission Report (Laporan Suruhanjaya 9/11), atau nama rasminya Final Report of the National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States ("Laporan Muktamad Suruhanjaya Negara Tentang Serangan Pengganas Terhadap Amerika Syarikat"), merupakan laporan rasmi mengenai peristiwa-peristiwa yang membawa kepada serangan 11 September 2001, disediakan oleh Suruhanjaya Negara Tentang Serangan Pengganas Terhadap Amerika Syarikat (ataupun "Suruhanjaya 9/11") atas permintaan Presiden dan Kongres, dan dijual kepada umum atau boleh dimuat turun secara percuma.
Suruhanjaya ini ditubuhkan pada 27 November 2002 (442 hari selepas serangan) dan laporan muktamadnya dikeluarkan pada 22 Julai 2004. Laporan ini asalnya dijadualkan keluar pada 27 Mei 2004, tetapi kompromi yang dipersetujui oleh Speaker Dewan Perwakilan Dennis Hastert membenarkan penundaan 60 hari sehingga 26 Julai.