Bandar Raya Las Vegas | |
---|---|
Nama panggilan: "Ibukota Hiburan Dunia", "Bandaraya dosa" | |
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | Nevada |
County | Clark County |
Pentadbiran | |
• Jenis | Pengurusan perbadanan |
• Mayor | Oscar B. Goodman |
• Pengelola Bandar Raya | Douglas Selby |
Keluasan | |
• Bandar raya | 131.3 batu persegi (340.0 km2) |
• Tanah | 131.2 batu persegi (339.8 km2) |
• Air | 0.1 batu persegi (0.16 km2) |
Aras | 2,001 ft (610 m) |
Penduduk | |
• Bandar raya | 552,539 |
• Kepadatan | 4,154/batu persegi (1,604/km2) |
• Metro | 1,777,539 |
Zon waktu | UTC−8 (PST) |
• Musim panas (DST) | UTC−7 (PDT) |
Kod kawasan | 702 |
FIPS code | 32-40000 |
GNIS feature ID | 0847388 |
Laman sesawang | City of Las Vegas Nevada |
Las Vegas (juga dipanggil "Vegas") ialah bandar yang paling banyak jumlah penduduknya di negeri Nevada, Amerika Syarikat, dan sering dianggap sebagai pusat utama untuk tujuan percutian, belanja, hiburan dan perjudian. Kota ini didirikan pada tahun 1905 dan secara dirasmikan menjadi suatu bandar pada tahun 1911. Las Vegas adalah kota terbesar yang didirikan pada abad ke-20 di Amerika Syarikat.
Nama Las Vegas seringkali digunakan untuk daerah-daerah daerah Clark yang belum dirasmikan sebagai kota di sekitarnya, khususnya daerah-daerah untuk percutian yang ada di sekitar Las Vegas Strip. Las Vegas Boulevard yang merentang sepanjang 7.2 km umumnya terletak di kota Paradise yang belum rasmi terbentuk.
Sebagai pusat perjudian di Amerika Syarikat, Las Vegas dipropagandakan sebagai Ibu kota Hiburan Dunia, yang juga sering dikenal sebagai Bandar Dosa, kerana kepupularannya dalam perjudian yang disahkan, wujudnya minuman beralkohol di mana-mana saja (juga di seluruh Nevada), dan berbagai bentuk dan tingkat hiburan dewasa. Keistimewaan kota yang terkenal ini telah membuatnya sangat biasa untuk dijadikan tempat penggambaran filem dan program-program televisyen.