Lata Mangeshkar | |
---|---|
![]() Mangeshkar pada 2015 | |
Kelahiran | Hema Mangeshkar 28 September 1929[1] |
Meninggal dunia | 6 Februari 2022 | (umur 92)
Warganegara | India |
Nama lain | Queen of Melody, Voice of the Nation, Voice of the Millennium, Nightingale of India |
Pekerjaan | Penyanyi latar, pengarah muzik, penerbit |
Tahun aktif | 1942–2021 |
Ibu bapa | Deenanath Mangeshkar (bapa) Shevanti Mangeshkar (ibu) |
Saudara | Meena Khadikar (adik) Asha Bhosle (adik) Usha Mangeshkar (adik) Hridaynath Mangeshkar (adik) |
Anugerah | |
Kepujian |
|
Tandatangan | |
![]() |
Latte Mangeshkar (lahir 28 September 1929, meninggal 6 Februari 2022) ialah seorang penyanyi latar dan pengarah muzik India. Beliau ialah salah seorang penyanyi latar yang terkenal dan dihormati di India.[2][3] Beliau telah merakamkan lagu di lebih seribu filem Hindi dan telah menyanyikan sejumlah 36 lagu bahasa India serantau dan bahasa asing, kebanyakannya dalam Marathi, Hindi, dan Bengali.
Anugerah Dadasaheb Phalke telah dickurniakan kepada beliau pada 1989 oleh Kerajaan India. Pada tahun 2001, atas sumbangannya pada niggera, beliau dianugerahkan Bharat Ratna, penghargaan awam tertinggi India dan kedua di belakang, selepas M. S. Subbulakshmi, yang menerima penghargaan ini.[4] Perancis mengurniakan beliau anugerah awam teriinggi (Officer of the Legion of Honour) pada 2007.
Beliau ialah penerima tiga Anugerah Filem Kebangsaan, 15 Anugerah Persatuan Wartawan Filem Bengal, empat Anugerah Penyanyi Latar Wanita Terbaik Filmfare, dua Anugerah Khas Filmfare, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Filmfare dan banyak lagi. Pada tahun 1974, beliau menjadi penyanyi Asia pertama yang beraksi di Royal Albert Hall sebelum Siti Nurhaliza dari Malaysia beraksi di pentas yang sama pada tahun 2005.
Beliau mempunyai empat adik-beradik—Meena Khadikar, Asha Bhosle, Usha Mangeshkar, dan Hridaynath Mangeshkar—di mana beliau ialah anak sulung.
Pada 6 Februari 2022 , di usia 82 tahun , beliau disahkan meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19.[5]