Laut Merah Laut Kulzum | |
---|---|
Koordinat | 22°N 38°E / 22°N 38°EKoordinat: 22°N 38°E / 22°N 38°E |
Nama asli | بحر الأحمر |
Panjang maksimum | 2,250 km (1,400 bt) |
Lebar maksimum | 355 km (221 bt) |
Luas permukaan | 438,000 km2 (169,000 bt2) |
Kedalaman purata | 490 m (1,610 ka) |
Kedalaman maksimum | 2,211 m (7,254 ka) |
Isi padu air | 233,000 km3 (56,000 bt3) |
Laut Merah (Jawi: لاوت ميره ) atau Laut Kulzum (Jawi: لاوت قلزم dalam sastera lama[1][2], Bahasa Arab: بحر القُلْزُم Baḥr al-Qulzum) ialah sebuah teluk di Lautan Hindi, di antara benua Afrika dan Asia. Ia hampir bercantum di Teluk Aden dengan Bab el Mandeb. Yang berada di utaranya ialah Semenanjung Sinai, Teluk Aqabah dan Terusan Suez. Laut Merah bertemu dengan Mesir, Sudan dan Eritrea di sebelah barat, manakala di sebelah timurnya ialah Arab Saudi dan Yaman. Laut Merah dikategorikan sebagai sebuah kawasan ekologi dalam senarai Global 200 oleh Tabung Alam Sedunia.
Laut Merah bertempat di Lembah Rengkahan Besar. Luasnya sekitar 438,000 km2.[3][4] Panjangnya 2250 km dan lebarnya 355 km. Kedalaman laut mencapai 3,040 m di Jurang Suakin di bahagian tengah.[5] Purata dalam laut ini ialah 490m.
Terdapat pelbagai hidupan laut di dalamnya. Antaranya 1000 jenis invertebrata, 200 batu karang lembut dan keras. Airnya masin bertaraf keasinan antara 3.6 hingga 3.8%.