Lawrence Wong | |
---|---|
黄循财 | |
Perdana Menteri Singapura ke-4 | |
Menyandang jawatan 15 Mei 2024 | |
Presiden | Tharman Shanmugaratnam |
Timbalan | Gan Kim Yong Heng Swee Keat |
Didahului oleh | Lee Hsien Loong |
Menteri Kewangan | |
Menyandang jawatan 15 Mei 2021 | |
Presiden | Halimah Yacob Tharman Shanmugaratnam |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong Sendiri |
Didahului oleh | Heng Swee Keat |
Timbalan Perdana Menteri Singapura | |
Dalam jawatan 13 Jun 2022 – 15 Mei 2024 Berkhidmat dengan Heng Swee Keat | |
Presiden | Halimah Yacob Tharman Shanmugaratnam |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Teo Chee Hean Tharman Shanmugaratnam |
Digantikan oleh | Gan Kim Yong |
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat | |
Menyandang jawatan 4 Disember 2024 | |
Penolong | Chan Chun Sing Desmond Lee Ti-Seng |
Didahului oleh | Lee Hsien Loong |
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat | |
Dalam jawatan 26 November 2022 – 4 Disember 2024 | |
Setiausaha Agung | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura | |
Dalam jawatan 8 Julai 2023 – 15 Mei 2024 | |
Didahului oleh | Tharman Shanmugaratnam |
Digantikan oleh | Gan Kim Yong |
Menteri Pendidikan | |
Dalam jawatan 27 Julai 2020 – 15 Mei 2021 | |
Presiden | Halimah Yacob |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Ong Ye Kung |
Digantikan oleh | Chan Chun Sing |
Menteri Kewangan Kedua | |
Dalam jawatan 22 Ogos 2016 – 15 Mei 2021 Berkhidmat dengan Indranee Rajah (2018–2021) | |
Presiden | Tony Tan Halimah Yacob |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Menteri | Heng Swee Keat |
Menteri Pembangunan Negara | |
Dalam jawatan 1 Oktober 2015 – 26 Julai 2020 | |
Presiden | Tony Tan Halimah Yacob |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Khaw Boon Wan |
Digantikan oleh | Desmond Lee Ti-Seng |
Menteri Komunikasi dan Maklumat Kedua | |
Dalam jawatan 1 Mei 2014 – 30 September 2015 | |
Presiden | Tony Tan |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Menteri | Yaacob Ibrahim |
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia | |
Dalam jawatan 1 November 2012 – 30 September 2015 Pemangku : 1 November 2012 – 30 April 2014 | |
Presiden | Tony Tan |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Chan Chun Sing (Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan) |
Digantikan oleh | Grace Fu Hai Yien |
Ahli Parlimen Singapura bagi KUPB Marsiling-Yew Tee (Limbang) | |
Menyandang jawatan 11 September 2015 | |
Didahului oleh | Kawasan ditubuhkan |
Ahli Parlimen Singapura bagi KUPB Pantai Barat (Boon Lay) | |
Dalam jawatan 7 Mei 2011 – 24 Ogos 2015 | |
Didahului oleh | Ho Geok Choo |
Digantikan oleh | Patrick Tay |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lawrence Wong Shyun Tsai 18 Disember 1972 Singapura |
Kewarganegaraan | Singapura |
Parti politik | Parti Tindakan Rakyat (PAP) |
Tempat belajar | University of Wisconsin–Madison University of Michigan–Ann Arbor Harvard University |
Lawrence Wong Shyun Tsai[a] (lahir 18 Disember 1972) ialah seorang ahli politik, ahli ekonomi dan bekas penjawat awam Singapura yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Singapura ke-4 sejak Mei 2024 dan Menteri Kewangan sejak Mei 2021. Seorang ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP), beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PAP sejak Disember 2024. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bahagian Limbang KUPB Marsiling-Yew Tee sejak September 2015 dan Bahagian Boon Lay KUPB Pantai Barat dari Mei 2011 hingga September 2015. Selain itu, beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dari Jun 2022 hingga Mei 2024, Timbalan Setiausaha Agung PAP dari November 2022 hingga Disember 2024, Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dari Julai 2023 hingga Mei 2024, Menteri Pendidikan dari Julai 2020 hingga Mei 2021, Menteri Kewangan Kedua dari Ogos 2016 hingga Mei 2021, Menteri Pembangunan Negara dari Oktober 2015 hingga Julai 2020, Menteri Komunikasi dan Maklumat Kedua dari Mei 2014 hingga September 2015 serta Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dari November 2012 hingga September 2015, di mana beliau merupakan Pemangku Menteri dari November 2012 hingga April 2014.[1][2][3][4]
Sebelum menjadi ahli politik, Wong bekerja di Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kesihatan (MOH). Beliau pernah menjadi Setiausaha Peribadi Utama kepada Perdana Menteri ke-3 Lee Hsien Loong dari tahun 2005 hingga 2008. Wong juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dari tahun 2009 hingga 2011.
Wong membuat penampilan politik pertamanya dalam pilihan raya umum 2011, di mana beliau bertanding di KUPB Pantai Barat sebagai sebahagian daripada pasukan lima ahli PAP dan memenangi kerusi tersebut. Beliau kemudian bertanding di KUPB Marsiling–Yew Tee dalam pilihan raya umum 2015 dan mengekalkan kerusi parlimennya dalam pilihan raya umum 2020.
Wong mempengerusi Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian mengenai COVID-19 bersama Gan Kim Yong, Menteri Kesihatan Singapura dalam bertindak balas terhadap wabak virus pandemik COVID-19 di negara tersebut.[5] Sebagai Menteri Kewangan, beliau telah mengawasi kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) secara beransur-ansur, seperti yang disokong oleh kerajaan Lee – 8% pada tahun 2023 dan 9% pada tahun 2024, meningkat daripada 7% yang telah ditetapkan sejak 2007. Pada April 2022, beliau dipilih sebagai pemimpin pasukan generasi keempat PAP, menjadikannya pengganti jelas kepada Lee. Wong dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura pada 13 Jun 2022, berkhidmat bersama Heng Swee Keat. Pada 26 November 2022, Wong dilantik ke jawatan baharu sebagai Timbalan Setiausaha Agung PAP.
Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Strategi Pelaburan GIC mulai 7 Julai 2023 dan juga Pengerusi Majlis Penasihat Antarabangsa (IAC) Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) dari 8 Julai 2023 sehingga beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada Gan Kim Yong pada 1 Jun 2024. Wong turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah GIC pada 1 Oktober 2023.
Pejabat Perdana Menteri Singapura mengeluarkan kenyataan rasmi mengumumkan pada 15 April 2024 bahawa Wong akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri genap sebulan tanggal 15 Mei menggantikan penjawat sebelumnya, Lee Hsien Loong.[6]
Pada 15 Mei 2024, Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura ke-4, menjadi perdana menteri pertama yang lahir selepas penubuhan Singapura moden. Pada 4 Disember 2024, beliau dipilih sebagai Setiausaha Agung PAP yang juga menggantikan Lee.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
|deadurl=
ignored (bantuan)