Templat:Malaysia road routebox
Lebuhraya Glugor (Laluan Persekutuan LP 6) ini merupakan sebuah lebuh raya persekutuan di Malaysia, Pulau Pinang, selain Kuala Lumpur. Lebuhraya ini akan menghubungkan George Town ke Bayan Baru Pulau Pinang. Sebuah lebuh raya elevated juga telah siap dibina dengan panjangnya 4 kilometer bagi melalui bahagian tengah lebuh raya dengan cepat. Tarikh dibukanya adalah pada tahun 2006. Oleh itu, masa dan jarak untuk pergi ke Lapangan Terbang dari George Town dan Butterworth dapat disingkatkan. Lebuhraya elevated ini adalah lebuh raya kedua wujud di negeri lain Malaysia. Ia merupakan sebuah jejambat yang panjang untuk melalui beberapa persimpangan jalan di bawah. Sepuluh tahun kemudian, lebuh raya kedua seperti ini juga telah dalam proses pembinaan menghubungi jeti Pulau Jerejak dengan Batu Maung dan Batu Kawan, Pulau Pinang. Lebuhraya kedua Pulau Pinang ini juga dibina di atas bahagian selatan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu. Tarikh dibukanya dijangka pada penggal dua tahun 2015.
Lebuhraya persekutuan Glugor ini juga merupakan lebuh raya yang tidak dikenakan tol walaupun telah dikembangkan. Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur merupakan lebuh raya bertol lagi. Tetapi. kadar tolnya adalah paling murah di seluruh Malaysia. Jadi, perbezaannya kedua-dua lebuh raya ini ialah lebuh raya bertol dan tanpa tol kerana pulau Pulau Pinang adalah tidak luas dan selalu akan kesesakan lalu lintas.
Jarak lebuh raya ini ialah 20 kilometer.