Lebuhraya Utara-Selatan

Lebuhraya Utara-Selatan
لبوه راي اوتارا-سلاتن
Maklumat laluan
Diselenggara oleh PLUS Expressway Berhad
Panjang960 km (600 mi)
Wujud1982–kini
SejarahSiap pada tahun 1994
Simpang utama
Hujung utaraBukit Kayu Hitam, Kedah
Persimpangan utama Jambatan Pulau Pinang Jambatan Pulau Pinang
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Lebuhraya Pantai Barat Lebuh raya Pantai Barat
Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor
Lebuhraya Koridor Guthrie Lebuhraya Koridor Guthrie
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuh Raya Baru Lembah Klang
Lebuhraya Utara–Selatan Lingkaran Tengah Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah
Lebuhraya Seremban–Port Dickson Lebuhraya Seremban-Port Dickson
Lebuhraya Hubungan Kedua Laluan Kedua Malaysia-Singapura
Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru Lebuh raya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur
Hujung selatanJohor Bahru, Johor
Lokasi
Bandar utamaBukit Kayu Hitam, Jitra, Alor Setar, Pendang, Gurun, Sungai Petani, Bertam, Sungai Dua, Butterworth, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Prai, Jambatan Pulau Pinang, Juru, Bukit Tambun, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jawi, Bandar Baharu, Alor Pongsu, Bukit Merah, Taiping, Changkat Jering, Kuala Kangsar, Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Behrang Stesen, Tanjung Malim, Lembah Beringin, Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor, Sungai Buloh, Bukit Lanjan, Sungai Besi, Serdang, Seri Kembangan, Kajang, Bangi, Bandar Seri Putra, Nilai, Bandar Ainsdale, Seremban, Port Dickson, Senawang, Pedas ,Alor Gajah, Ayer Keroh, Jasin, Tangkak, Bukit Gambir, Pagoh, Yong Peng, Ayer Hitam, Machap, Simpang Renggam, Sedenak, Kulai, Senai, Skudai, Bukit Amber, Kempas, Setia Tropika, Desa Palma, Bandar Dato' Onn, Pasir Gudang, Johor Bahru
Sistem lebuh raya
AH2
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info jalan raya dengan parameter "logo" yang tidak diketahui

Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan

Lebuhraya Utara-Selatan ialah projek lebuh raya capaian terkawal kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi lapan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam (dan dihubungkan dengan Lebuhraya Phetkasem di Thailand) dan Johor Bahru.

Ia terbahagi kepada Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara jajaran utara, Jambatan Pulau Pinang Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Baru Lembah Klang dan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan jajaran selatan yang dihubungkan dengan Lebuhraya Utara–Selatan Lingkaran Tengah Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah. Lebuhraya Utara-Selatan adalah pemangkin kepada nadi pembangunan dan tulang belakang bagi rangkaian pengangkutan di barat Semenanjung Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS juga memegang konsesi beberapa lebuh raya lain bagi melengkapkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE; E6) adalah lebuh raya pintasan yang dibuka sepenuhnya pada tahun 1999 yang memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari persimpangan Nilai, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Putrajaya, Seafield dan akhirnya ke persimpangan Shah Alam di NKVE. E3 pula ialah Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua) yang merupakan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bermula dari Senai dan berakhir di Tanjung Kupang sebelum merentasi Selat Johor. PLUS juga menguruskan Lebuhraya Seremban - Port Dickson, E29, yang bermula dari persimpangan Mambau dan berakhir di pusat bandar Port Dickson.

Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara dan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan berakhir sementara di Kuala Lumpur dan dihubungkan bersama oleh Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur dan Jalan Duta.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne