Led Zeppelin

Led Zeppelin
Jimmy Page, John Bonham,
John Paul Jones, Robert Plant,
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
The New Yardbirds, The Nobs[1]
Berasal dariLondon, England
GenreHard rock, heavy metal, blues rock, folk rock
Tahun aktif1968–80
(pertemuan kembali: 1985, 1988, 1995, 2007)
Syarikat rakaman
Atlantic, Swan Song
Pengkarya berkait
Page and Plant, The Honeydrippers, The Yardbirds
Laman sesawang
ledzeppelin.com
Bekas ahliRobert Plant
Jimmy Page
John Paul Jones
John Bonham

Led Zeppelin ([léd zép.pĕ.lin]) ialah sebuah kumpulan muzik dari England, United Kingdom. Ia ditubuhkan pada tahun 1968 dan dianggotai oleh pemain gitar Jimmy Page, penyanyi Robert Plant, John Paul Jones memain gitar bes, dan pemain dram John Bonham.

Bunyi kumpulan yang didorongi bunyi gitar yang berat, berasaskan muzik blues dalam album-album awal mereka membawa kepada pengiktirafan Led Zeppelin sebagai satu daripada pelopor heavy metal, mahupun gaya mereka dipengaruhi pelbagai sumber, termasuk muzik rakyat. Mereka sendirinya tidak pernah merilis single lagu-lagu dikaryakan yang menjadi popular di United Kingdom dengan alasan bahawa mereka lebih menyukai konsep mengkarya berorientasi album.[2]

Setelah 25 tahun bubar akibat meninggalnya John Bonham pada tahun 1980, Led Zeppelin tetap disanjung penggemar muzik berkat pencapaian artistik berpengaruh luas dan kesuksesan komersial; terutamanya pada Led Zeppelin (1969), Led Zeppelin II (1969), Led Zeppelin III (1970), album keempat yang tidak berjudul (1971), Houses of the Holy (1973), dan Physical Graffiti (1975). Hingga saat ini, album Led Zeppelin telah laku lebih dari 300 juta keping,[3] termasuk 109.5 juta keping laku di Amerika Syarikat,[4] dan menjadi satu-satunya grup muzik yang berhasil menempatkan semua albumnya ke dalam urutan Top 10 tangga album Billboard.[5] Selain itu, Led Zeppelin menempati urutan nombor satu dalam 100 Artis Hard Rock Terbesar (100 Greatest Artists of Hard Rock) VH1.[6]

  1. ^ Greene 2011.
  2. ^ Musicmatch, "Led Zeppelin", followers; URL diakses 10 September 2006
  3. ^ "Reliving the epic rock of Led Zeppelin'". Cbsnews.com. 16 December 2012. Dicapai pada 20 January 2013.
  4. ^ RIAA. "Top Selling Artists".
  5. ^ Australian Broadcasting Corporation website
  6. ^ 100 greatest artists of hard rock at vh1.com

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne