Lee Hsien Loong | |
---|---|
李显龙 | |
Menteri Kanan Singapura | |
Menyandang jawatan 15 Mei 2024 Berkhidmat with Teo Chee Hean | |
Presiden | Tharman Shanmugaratnam |
Perdana Menteri | Lawrence Wong |
Perdana Menteri Singapura Ke-3 | |
Dalam jawatan 12 Ogos 2004 – 15 Mei 2024 | |
Presiden | Sellapan Ramanathan Tony Tan Halimah Yacob Tharman Shanmugaratnam |
Timbalan | Tony Tan Shunmugam Jayakumar Wong Kan Seng Teo Chee Hean Tharman Shanmugaratnam Heng Swee Keat |
Didahului oleh | Goh Chok Tong |
Digantikan oleh | Lawrence Wong |
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat | |
Dalam jawatan 3 Disember 2004 – 4 Disember 2024 | |
Timbalan | Wong Kan Seng Teo Chee Hean Tharman Shanmugaratnam Heng Swee Keat Chan Chun Sing |
Pengerusi | Lim Boon Heng Khaw Boon Wan Gan Kim Yong |
Didahului oleh | Goh Chok Tong |
Digantikan oleh | Lawrence Wong |
Menteri Kewangan Singapura | |
Dalam jawatan 10 November 2001 – 1 Disember 2007 | |
Perdana Menteri | Goh Chok Tong |
Timbalan | Raymond Lim |
Didahului oleh | Richard Hu |
Digantikan oleh | Tharman Shanmugaratnam |
Timbalan Perdana Menteri Singapura | |
Dalam jawatan 28 November 1990 – 12 Ogos 2004 | |
Perdana Menteri | Goh Chok Tong |
Didahului oleh | Goh Chok Tong |
Digantikan oleh | Shunmugam Jayakumar |
Ahli Parlimen Singapura bagi KUPB Ang Mo Kio (Teck Ghee) | |
Menyandang jawatan 31 Ogos 1991 | |
Didahului oleh | Kawasan ditubuhkan |
Majoriti | 62,826 (38.7%) |
Ahli Parlimen Singapura bagi KUP Teck Ghee | |
Dalam jawatan 22 Disember 1984 – 31 Ogos 1991 | |
Didahului oleh | Kawasan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Kawasan dimansuhkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Singapura | 10 Februari 1952
Parti politik | Parti Tindakan Rakyat |
Pasangan | Wong Ming Yang (1978-28 Oktober 1982) Ho Ching (1985) |
Anak | Lee Xiuqi Lee Yipeng Lee Hongyi Lee Haoyi |
Tempat belajar | Kolej Trinity, Cambridge Universiti Harvard United States Army Command and General Staff College |
Brigedier Jeneral Dato Laila Utama Dato' Lee Hsien Loong (Cina: 李显龙; pinyin: Lǐ Xiǎn Lóng; lahir 10 Februari 1952) ialah ahli politik Singapura yang berkhidmat sebagai Menteri Kanan Singapura sejak 2024. Beliau pula merupakan Perdana Menteri Singapura dari 2004 hingga 2024. Lee ialah anak sulung Perdana Menteri Singapura pertama, mendiang Lee Kuan Yew.
Beliau tamat belajar di Kolej Trinity, Universiti Cambridge, sebagai Senior Wrangler pada 1974 (memperoleh Diploma dalam Sains Komputer dengan jarak jauh) dan kemudian memperoleh Ijazah Pentadbiran Awam di Sekolah Kerajaan Kennedy Universiti Harvard. Dari 1971 hingga 1984, beliau berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Singapura yang mana beliau dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral. Beliau memenangi pilihan raya Ahli Parlimen pada 1984, bertanding sebagai ahli Parti Tindakan Rakyat. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Singapura pertama, Goh Chok Tong, Lee berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Industri, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Lee menjadi Perdana Menteri Singapura ketiga selepas mengambil alih kempimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) apabila perdana menteri terdahulu Goh Chok Tong yang meletakkan jawatan untuk menjadi Menteri Kanan baru. Lee kemudiannya membawa parti beliau pada kemenangan di pilihan raya umum 2006, 2011, 2015 dan 2020. Beliau memulakan penggal jawatan terkininya pada 24 Ogos 2020 (berikutan pembukaan parlimen Singapura ke-14). Pada 5 November 2023, Lee mengumumkan perancangan jawatannya diserahkan beliau kepada Lawrence Wong pada November 2024[1] sebelum pilihan raya umum negara tersebut yang bakal diadakan genap setahun kemudian pada 2025. Penyerahan kerusi tersebut akhirnya disahkan Pejabat Perdana Menteri berlaku pada 15 Mei 2024.[2]