Leonardo da Vinci | |
---|---|
Kelahiran | Leonardo di ser Piero da Vinci[2] 14/15 April 1452 |
Meninggal dunia | 2 Mei 1519 | (umur 67)
Terkenal kerana | Lukisan, arca, sains, kejuruteraan, seni bina, anatomi |
Karya terkenal |
|
Gerakan politik | Pembaharuan |
Tandatangan | |
Leonardo di ser Piero da Vinci (15 April 1452 – 2 Mei 1519), lebih dikenali sebagai Leonardo da Vinci merupakan pakar dalam pelbagai bidang Itali pada Zaman Pembaharuan.
Leonardo lebih masyhur sebagai seorang pelukis. Lukisan Mona Lisa ialah karyanya yang paling terkenal dan merupakan potret manusia paling masyhur dalam sejarah.[3] The Last Supper ialah lukisan keagamaan yang paling sering direka semula sepanjang masa,[4] sedangkan lakaran L'uomo vitruviano sering dianggap sebagai ikon budaya. Potret Salvator Mundi terjual dengan harga AS$450.3 juta dalam acara lelong yang diadakan Christie’s di New York pada tanggal 15 November 2017, menjadikan lukisan tersebut sebagai karya seni termahal dijual di dunia.[5] Karya Leonardo yang lain dalam bentuk lukisan, gambar persiapan, hingga buku catatan yang berisi sketsa, diagram ilmiah, dan pemikirannya tentang lukisan, memberikan kontribusi besar bagi para seniman dalam generasi setelahnya. Hal itu dikatakan hanya mampu ditandingi oleh Michelangelo.[6]
Beliau telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan oleh sejagatnya sebagai seorang pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti Ultima Cena dan Mona Lisa. Leonardo dihormati kerana menunjukkan keaslian dalam inovasi teknologinya. Beliau pernah membuat konsep mesin terbang, kendaraan perang bersenjata, hingga kalkulator.[7] Namun begitu, hanya sedikit daripada rekaannya yang benar-benar dibangunkan atau boleh dibangunkan pada masa itu kerana perkembangan ilmu kejuruteraan dan metalurgi yang masih pada tahap awal selama era Renaissance. Apapun begitu, beberapa penemuan kecilnya berhasil menjadi kenyataan tanpa diketahui, seperti alat penggulung automatik dan mesin menguji ketegangan dawai. Ia juga sering dianggap sebagai penemu parasut, helikopter, dan kereta kebal.[8][9] Selain itu, Leonardo juga membuat penemuan penting dalam bidang anatomi, kejuruteraan awam, geologi, optika, dan hidrodinamik. Namun begitu, beliau tidak pernah terbitkan penemuannya semasa hidupnya, sehingga tidak mempunyai pengaruh langsung terhadap perkembangan sains pada zaman setelahnya.[10]