Leptotyphlops carlae

Ular Benang Barbados
Seekor ular benang dewasa di atas sekeping syiling 25 sen Amerika Syarikat
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. carlae
Nama binomial
Leptotyphlops carlae
Hedges, 2008[1]
Sinonim

Tetracheilostoma carlae - Adalsteinsson et al., 2009

Ular Benang Barbados (Leptotyphlops carlae) ialah satu spesies ular benang buta, dan spesies ular terkecil yang diketahui wujud.[1] Ahli famili Leptotyphlopidae ini ditemui di pulau Barbados di rantau Karibia.[2]

Ular ini mula-mula diperikan dan dikenal pasti sebagai spesies yang berasingan pada tahun 2008 oleh S. Blair Hedges Diarkibkan 2008-12-22 di Wayback Machine, seorang ahli biologi dari Universiti Negeri Pennsylvania.[3] Hedges menamai spesies baru ini sempena isterinya, Carla Ann Hass, seorang ahli herpetologi yang menyertai pasukan penemuan itu.[4] Spesimen-spesimen spesies ini sudah wujud dalam koleksi rujukan di Natural History Museum, London, dan sebuah muzium di California, tetapi tersalah cam sebagai tergolong dalam suatu spesies yang kini diketahui hanya wujud di Martinique, sebuah lagi pulau Karibia.[1]

Sewaktu penerbitan pada Ogos 2008, L. carlae diperikan sebagai spesies ular yang paling kecil dewasanya di dunia.[5][6] Ular ini difikirkan berada dekat dengan had saiz minimum untuk ular yang ditetapkan oleh pemilihan semula jadi, kerana ular muda perlu mencapai saiz minimum yang tertentu untuk mencari makanan yang sesuai.[6]

  1. ^ a b c S. Blair Hedges (August 4, 2008). "At the lower size limit in snakes: two new species of threadsnakes (Squamata: Leptotyphlopidae: Leptotyphlops) from the Lesser Antilles" (PDF). Zootaxa. 1841: 1–30. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2008-08-13. Dicapai pada 2008-08-04. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-22. Dicapai pada 2012-12-22.
  3. ^ Will Dunham (August 3, 2008). "World's smallest snake is as thin as spaghetti". Reuters UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-02. Dicapai pada 2008-08-04. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Alice Turner (August 3, 2008). "World's Smallest Snake Discovered on the Caribbean Island of Barbados". eFluxMedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-06. Dicapai pada 2008-08-04. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Catherine Brahic (August 3, 2008). "World's smallest snake discovered". New Scientist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-01. Dicapai pada 2008-08-03. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ a b Barbara K. Kennedy. "World's smallest snake found in Barbados". Penn State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-05. Dicapai pada 2008-08-03. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne