Letupan lelangit bersuara

Nombor AFA108
Pengekodan
X-SAMPAJ\
Imej
Sampel audio
noicon

Letupan lelangit bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɟ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan J\ dalam X-SAMPA.

Bunyi ini serupa dengan letusan belakang gusi bersuara [dʒ] (seperti j dalam jaya), tetapi disebabkan sukarnya menyentuhkan lidah dengan lelangit keras sahaja tanpa menyentuh belakang batas gusi, maka [ɟ] kurang didapati berbanding [dʒ].[1] Aksara <ɟ> sering digunakan untuk melambangkan [tʃ] atau mana-mana letusan seumpamanya, contohnya dalam bahasa-bahasa Indik, dan cara ini boleh diterima apabila perlunya menentukan daerah artikulasinya, cuma perbezaan antara hentian dan letusan tidak banyak bezanya, oleh itu tidak sebegitu penting.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne