Letusan lelangit-gusi bersuara

IPA – nombor 104 (135)
IPA – teks d͡ʒ
IPA – imej
Entiti ʤ
X-SAMPA dZ
Kirshenbaum dZ
Mengenai audio iniContoh bunyi 

Letusan lelangit-gusi bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara d͡ʒ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan dZ dalam X-SAMPA.

Dalam bahasa Melayu, letusan lelangit-gusi bersuara dilambangkan oleh huruf Rumi j (contohnya: jajah, anjak dan caj) seperti yang disetujui dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan dibangunkan bersama Malaysia dan Indonesia pada tahun 1972.[1] Sebelum tahun 1972, ia hanya diwakili mengikut gaya ejaan diperkenalkan hasil pengaruh Barat - Ejaan Rumi Baharu di Malaysia mengeja bunyi ini dengan dwilambang j mengikut kelaziman bahasa Inggeris dipelopori Richard James Wilkinson manakala sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang dj mengikut kelaziman bahasa Belanda.[1][2] Bunyi konsonan ini turut diwakili huruf Jawi جjim.

  1. ^ a b Asmah Haji Omar (1989), "The Malay Spelling Reform", Journal of the Simplified Spelling Society (2): 9–13, diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2011
  2. ^ S. Takdir Alisjahbana (1976). Language Planning for Modernization: The Case of Indonesian and Malaysian. Den Haag: Mouton & Co. m/s. 61–62. ISBN 9783110819106.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne