Jenis/bentuk sah | Perniagaan |
---|---|
Industri | Food and tobacco industry |
Ditubuhkan | 1884Warrington, England | di
Pengasas | The 1st Viscount Leverhulme James Darcy Lever |
Dibubarkan | 1930 |
Nasib | Bergabung dengan Margarine Unie |
Pengganti | Unilever |
Ibu pejabat | United Kingdom |
Jenama | Sunlight Lifebuoy Lux Vim |
Bilangan kakitangan | 250.000 (1930) |
Syarikat induk | Unilever |
Anak syarikat | Curtis Davis Company Huileries du Congo Belge A&F Pears Gossage's Watson's Crosfield's Hazlehurst & Sons Hudson's |
sunting · sunting di Wikidata |
Lever Brothers ialah sebuah syarikat United Kingdom yang ditubuhkan pada tahun 1885 oleh dua bersaudara, The 1st Viscount Leverhulme (1851–1925) dan James Darcy Lever (1854–1916). Kedua-duanya melabur dan berjaya mempromosikan proses pengeluaran sabun baru yang dicipta oleh William Hough Watson. Lever Brothers kemudian berkembang ke Amerika Syarikat pada tahun 1895 dan memperolehi Mac Fisheries, pemilik T. Wall & Sons pada tahun 1925. Lever Brothers dahulunya merupakan salah satu dari beberapa syarikat United Kingdom yang sangat menitik beratkan kebajikan pekerjanya. Jenama milik syarikat ini termasuk "Lifebuoy", "Lux" dan "Vim". Lever Brothers kemudian bergabung dengan Margarine Unie untuk membentuk Unilever pada tahun 1930.