Lexi Alexander | |
---|---|
![]() Alexander berucap mengenai hak cipta pada 2015 | |
Kelahiran | Alexandra Mirai 23 Ogos 1974 |
Warganegara | Jerman |
Nama lain | Lexi Mirai |
Pekerjaan | Pengarah filem, penulis skrip |
Tahun aktif | 2002–kini |
Laman web rasmi | lexi-alexander |
Alexandra Mirai (Bahasa Arab: الكسندرا ميراي) atau yang sering dikenali sebagai Lexi Alexander (lahir 23 Ogos 1974), ialah pengarah filem dan televisyen Jerman, seniman bela diri, dan pelakon keturunan Palestin dan Jerman.[1] Beliau ialah bekas juara karate dunia Persekutuan Karate Sedunia,[2] dan terkenal sebagai penerbit filem-filem aksi, seperti Green Street Hooligan dan Punisher: War Zone. Selain itu, filem pendeknya yang berjudul Johnny Flynton berjaya masuk dalam pencalonan Anugerah Akademi dalam Anugerah Akademi untuk Filem Pendek Terbaik.[3][4]
Alexander merupakan salah seorang tokoh wanita yang menentang diskriminasi gender dan seksisme.[5]