Liga Juara-Juara AFC 2022

Liga Juara-Juara AFC 2022
Perincian kejohanan
TarikhKelayakan:
8–15 Mac 2022
Kejohanan sebenar:
7 April 2022 – 6 Mei 2023
PasukanKejohanan sebenar: 39
Jumlah (maksimum): 49
Kedudukan Akhir
JuaraJepun Urawa Red Diamonds (Kejuaraan Ke-3)
Naib JuaraArab Saudi Al-Hilal
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan130
Jaringan gol384 (2.95 per perlawanan)
Kehadiran511,749 (3,937 per perlawanan)
Penjaring terbanyakBelgium Edmilson Junior
(8 gol)
Pemain terbaikJepun Hiroki Sakai[1]
Anugerah Permainan BersihJepun Urawa Red Diamonds
2021

Liga Juara-Juara AFC 2022 akan menjadi edisi ke-41 kejohanan bola sepak kelab utama Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan edisi ke-20 jika di bawah gelaran semasa Liga Juara-Juara AFC.

Musim ini secara rasminya adalah musim terakhir dalam jadual sepanjang tahun (musim bunga hingga musim luruh) walaupun sebenarnya diadakan dari 2022 hingga 2023; mulai musim depan dan seterusnya pertandingan akan bertukar kepada jadual musim luruh ke musim bunga.[2]

Pemenang kejohanan akan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2023–24, memasuki play-off kelayakan, jika mereka tidak layak melalui prestasi domestik mereka.[3] Edisi kali ini menyaksikan peningkatan dalam jumlah pendaftaran pemain awal dengan 35 pemain boleh didaftarkan, meningkat daripada 30 dalam edisi sebelumnya. Ini akan membuka jalan kepada lebih ramai pemain asing untuk dimasukkan ke dalam skuad walaupun peraturan pemain asing "3+1" AFC akan berkuat kuasa semasa perlawanan.[4]

Kelab Arab Saudi Al-Hilal adalah juara bertahan, setelah mengalahkan kelab Korea Selatan Pohang Steelers di perlawanan akhir 2021.

  1. ^ "Urawa's Hiroki Sakai crowned Most Valuable Player". the-afc.com (dalam bahasa Inggeris). Asian Football Confederation. 6 May 2023. Dicapai pada 6 May 2023.
  2. ^ "AFC Executive Committee unveils dynamic enhancements to the AFC Club Competitions". the-AFC.com (dalam bahasa Inggeris). Asian Football Confederation. 25 February 2022. Dicapai pada 25 February 2022.
  3. ^ "More Member Associations to benefit from inclusive AFC Champions League". the-afc.com. Asian Football Confederation. 23 November 2019. Dicapai pada 14 January 2020.
  4. ^ "AFC's club competitions set for strategic reforms". the-AFC.com. Asian Football Confederation. 30 November 2021. Dicapai pada 25 February 2022.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne