Liga Premier Malaysia 2022

Liga Premier Malaysia
Musim2022
Tarikh5 Mac – 11 September 2022
JuaraJohor Darul Ta'zim II
DinaikkanKelantan
Kuching City
Kelantan United
PDRM
UiTM
Perak
Jumlah perlawanan92
Jumlah gol225 (2.45 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyakAbu Kamara
(11 gol)
Kemenangan terbesar tuan rumah4 gol
Kuching City 4–0 Skuad Projek FAM-MSN
(23 Mac 2022)
Johor Darul Ta'zim 5–1 PDRM
(7 Mei 2022)
Johor Darul Ta'zim 4–0 UiTM
(26 Julai 2022)
Kemenangan terbesar pelawat4 gol
Kuching City 1–5 Terengganu II
(24 Mei 2022)
Skuad Projek FAM-MSN 1–5 Terengganu II
(28 Mei 2022)
Selangor II 1–5 Kuching City
(30 Mei 2022)
Gol tertinggi6 gol
Johor Darul Ta'zim 5–1 PDRM
(7 Mei 2022)
Kuching City 1–5 Terengganu II
(24 Mei 2022)
Skuad Projek FAM-MSN 1–5 Terengganu II
(28 Mei 2022)
Selangor II 1–5 Kuching City
(30 Mei 2022)
Kehadiran89,630
Purata kehadiran84,500
2021
Semua statistik tepat pada 2022.

Liga Premier Malaysia 2022 ialah edisi ke-19 Liga Premier Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2004. Sebanyak 10 pasukan[1] bertanding dalam liga ini termasuk 2 pasukan yang tersingkir dari Liga Super Malaysia 2021 dan satu pasukan skuad pembangunan hasil kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Ini akan menjadi musim terakhir Liga Premier Malaysia kerana liga akan dihentikan untuk beberapa tahun sebelum MFL memperkenalkannya semula sebagai liga semi-pro, M2. [2][3]

Empat pasukan teratas bukan pelapis kelab dari liga ini akan di promosi ke Liga Super yang akan diperluaskan kepada 18 pasukan pada musim depan. Dua pasukan terbawah bukan pelapis akan memerlukan perlawanan play-off menentang juara dan naib juara Liga M3 bagi menentukan dua tempat terakhir untuk layak ke Liga Super. Walaubagaimanapun oleh kerana dua pasukan dari Liga M3 tersebut gagal melengkapkan permohonan pelesenan kelab sebelum tarikh akhir iatu 17 September 2022, dua pasukan terbawah dari liga ini layak ke Liga Super, menjadikan enam pasukan kesemuanya.[4]

Lima pasukan teratas bukan pelapis kelab layak ke Piala Malaysia 2022.

  1. ^ "FORMAT LIGA PREMIER 2022 MENAMPILKAN 10 PASUKAN SAHAJA". malaysianfootballleague.com. 17 September 2021. Dicapai pada 20 September 2021.
  2. ^ "Malaysia play the Fifa game". MSN Sport. 21 July 2022. Dicapai pada 21 July 2022.
  3. ^ "MFL to expand super league, discontinue premier league from 2023". Free Malaysia Today. 21 July 2022. Dicapai pada 21 July 2022.
  4. ^ "TIADA AKSI PLAY OFF BAGI DUA SLOT LIGA SUPER 2023" (dalam bahasa Melayu). www.malaysianfootballleague.com. 27 September 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne