Musim | 2023 |
---|---|
Tarikh | 24 Februari - 17 Disember 2023 |
Juara | Johor Darul Ta'zim (gelaran ke-10) |
Liga Juara-Juara Elit AFC | Johor Darul Ta'zim |
Liga Juara-Juara 2 AFC | Selangor |
Kejohanan Kelab ASEAN | Kuala Lumpur City Terengganu |
Jumlah perlawanan | 182 |
Jumlah gol | 625 (3.43 per perlawanan) |
Penjaring gol terbanyak | Ayron del Valle (23 gol) |
Kemenangan terbesar tuan rumah | 8 gol Perak 8–0 Kelantan (28 Oktober 2023) Johor Darul Ta'zim 8–0 Pulau Pinang (16 Disember 2023) |
Kemenangan terbesar pelawat | 9 gol Kelantan 2–11 Selangor (25 Ogos 2023) |
Gol tertinggi | 13 gol Kelantan 2–11 Selangor (25 Ogos 2023) |
Menang berturut-turut paling lama | 20 perlawanan Johor Darul Ta'zim |
Tanpa kalah paling lama | 26 perlawanan Johor Darul Ta'zim |
Tanpa menang berturut-turut paling lama | 18 perlawanan Kuching City |
Kalah berturut-turut paling lama | 11 perlawanan Kelantan |
Kehadiran | 970,383 |
Kehadiran tertinggi | 33,169 Johor Darul Ta'zim 8–0 Pulau Pinang (16 Disember 2023) |
Kehadiran terendah | 73 Kelantan United 0–4 Negeri Sembilan (1 Disember 2023) |
Purata kehadiran | 5,331 |
← 2022 2024–25 → |
Liga Super Malaysia 2023 merupakan edisi yang ke-20 sejak Liga Super Malaysia, liga bola sepak profesional di Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004, dan musim ke-42 bola sepak Malaysia secara keseluruhan.
Ia adalah musim pertama selepas penstrukturan semula, dengan 18 pasukan (bukan 12 sebelum ini) beraksi pada musim 2023.[1] Bagaimanapun, MFL mengumumkan musim depan hanya terdapat 16 pasukan kerana mereka menolak kedua-dua pasukan Sarawak United dan Melaka United kerana rayuan pelesenan yang gagal. Liga menyusut kepada 15 pasukan selepas Petaling Jaya City secara rasmi menarik diri daripada liga berikutan perluasan liga dan peningkatan kuota pemain asing, yang terpesong daripada visi utama kelab. Pada 5 Januari 2023, UiTM secara rasmi menarik diri daripada liga kerana masalah kewangan dan akan berpindah ke Liga M3. Musim baharu akan disertai 14 pasukan yang kempennya akan bermula pada 24 Februari 2023.
Johor Darul Ta'zim adalah juara bertahan ketika ini dari musim 2022.