Lim Lip Eng

Yang Berhormat Tuan
Lim Lip Eng
林立迎
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kepong
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehTan Seng Giaw
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Segambut
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 7 April 2018
Didahului olehTan Kee Kwong
Digantikan olehHannah Yeoh
Maklumat peribadi
Lahir
Lim Lip Eng

(1972-07-25) 25 Julai 1972 (umur 52)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH) (2015 - kini)
Pakatan Rakyat (PR) (2008-2015)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam
Laman weblimlipeng.blogspot.com

Yang Berhormat Tuan Lim Lip Eng merupakan seorang ahli politik dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau kini merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Kepong, Kuala Lumpur atas tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP) di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Lim sebelum ini merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Segambut selama dua (2) penggal dari tahun 2008 hingga 2013. Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau berjaya memenangi kerusi kawasan Kepong, Kuala Lumpur. Beliau menggantikan kepimpinan Yang Berhormat Tan Seng Giaw yang telah bersara dalam arena politik.

Pada 16 Mac 2023, Lim Lip Eng telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi berjumlah RM2 juta kepada sebuah firma e-dagang MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya, Datuk Seri Jessie Lai. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati Lim Lip Eng bertanggungjawab memfitnah Lai dan MonSpace yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua dalam tuntutan saman difailkan mereka.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne