Lindsay Lohan | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Lindsay Dee Lohan 2 Julai 1986 |
Pekerjaan | Pelakon, Penyanyi |
Tahun aktif | 1996–present (pelakon) 2003–present (penyanyi) |
Laman web rasmi | Official Site |
Lindsay Dee Lohan (lahir pada 2 Julai 1986 di New York City) ialah penyanyi dan pelakon Amerika Syarikat berdarah Ireland dan Itali. Lindsay Lohan telah bermain filem sejak kecil serta menjadi bintang iklan. Ia dikhabarkan akan bermain dalam beberapa filem baru yang telah dijadualkan proses suntingannya hingga tahun 2006 sehingga menganggu jadual panggungnya.
Lindsay Lohan memiliki hubungan yang akrab dengan beberapa selebriti terkenal, seperti Paris Hilton tetapi kebelakangan ini mereka terlibat dalam pertengkaran yang disebabkan oleh Paris menuduh Lindsay merebut kekasihnya yang bernama Stavros, Selain itu Lindsay juga berkawan baik dengan artis Anna Faris. Ia juga terlibat dalam pertengkaran dengan pelakon dan penyanyi Hilary Duff kerana dianggap merebut bekas kekasihnya, Aaron Carter.
Lindsay Lohan mempunyai banyak masalah yang mengakibatkan dia diincar para paparazzi. Ia memutuskan untuk terjun ke dunia muzik dan merilis single pertama yang menceritakan tentang kehidupan selebriti yang selalu diikuti oleh media massa. Ia dikhabarkan melakukan operasi pembesaran payudara, sering ditangkap sedang merokok di kelab yang ada di New York City, serta menghisap marijuana.