Ling Liong Sik | |
---|---|
Menteri Pengangkutan Malaysia | |
Dalam jawatan 1986–2003 | |
Timbalan Menteri | Rahmah Othman (1986-1987) Zaleha Ismail (1987-1995) Mohd Ali Rustam (1995-1996) Ibrahim Saad (1996-1999) Ramli Ngah Talib (1999-2003) |
Didahului oleh | Chong Hon Nyan |
Digantikan oleh | Chan Kong Choy |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Labis, Johor | |
Dalam jawatan 1986–2004 | |
Didahului oleh | Bahari Haron |
Digantikan oleh | Chua Soi Lek |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Mata Kuching, Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Bagan) | |
Dalam jawatan 1974–1986 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Dalam jawatan 3 September 1986 – 23 Mei 2003 | |
Didahului oleh | Tan Koon Swan |
Digantikan oleh | Ong Ka Ting |
Timbalan Menteri Pelajaran | |
Dalam jawatan 1985–1986 | |
Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Chow Poh Kheng |
Digantikan oleh | Bujang Ulis Ng Cheng Kiat |
Timbalan Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 1982–1984 | |
Menteri | Tengku Razaleigh Hamzah |
Didahului oleh | Mak Hon Kam Najib Razak |
Digantikan oleh | Sabbaruddin Chik Tan Tiong Hong |
Timbalan Menteri Penerangan | |
Dalam jawatan 1976–1982 | |
Menteri | Abdul Taib Mahmud (1976-1978) Mohamed Rahmat (1978-1982) |
Didahului oleh | Shariff Ahmad |
Digantikan oleh | Mohd Kassim @ Yahya Ahmad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuala Kangsar, Perak, Tanah Melayu British (kini Malaysia) | 18 September 1943
Parti politik | BN-MCA |
Pasangan | Toh Puan Datin Seri Ong Ee Nah |
Anak | Ling Hee Leong Ling Hee Kiat |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor Perubatan |
Tun Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik (lahir 18 September 1943) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Menteri Pengangkutan Malaysia (1986-2003), mantan Timbalan Menteri Pelajaran (1985-1986), mantan Timbalan Menteri Kewangan (1982-1984), mantan Timbalan Menteri Penerangan (1976-1982) dan mantan Ahli Parlimen Labis selama empat penggal (1986-2004) serta mantan Ahli Parlimen Mata Kucing (kini Bagan) selama tiga penggal (1974-1986).
Pada 4 Februari 1988, Ling telah dilantik sebagai perdana menteri peralihan Malaysia sehingga 16 Februari tahun yang sama.
Pada 27 Oktober 2015, Perdana Menteri Najib Razak memfailkan saman terhadap Ling berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dibuat ke atasnya berkaitan kontroversi derma politik RM2.6 bilion (US$700 juta) yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.[1] Pada 22 Mei 2018, Najib menarik balik saman terhadap Ling berhubung dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan dana kerajaan.[2]
Beliau juga merupakan salah seorang ahli politik Cina yang paling berpengaruh di Malaysia kontemporari.