Linguistik pengiraan ialah bidang antara disiplin yang berkait dengan pemodelan statistik dan logik bagi bahasa sejadi dari segi pengiraan. Pemodelan ini tidak terhad kepada mana-mana bidang linguistik yang khusus. Ahli-ahli linguistik pengiraan pada suatu ketika hanya terdiri daripada ahli-ahli sains komputer yang mengkhususkan dalam penggunaan komputer untuk pemprosesan bahasa sejadi. Penyelidikan yang baru-baru ini telah menunjukkan bahawa bahasa adalah lebih rumit daripada yang dianggap dahulu dan oleh itu, pasukan-pasukan kerja linguistik pengiraan kini kekadang bersifat antara disiplin, dan melibatkan ahli-ahli linguistik (yang dilatih secara khusus dalam bidang linguistik). Bidang linguistik pengiraan kini terdiri daripada ahli-ahli linguistik, sains komputer, kecerdasan buatan, psikologi kognitif, dan logik, antara lain.