Lion Rock | |
---|---|
獅子山 | |
![]() Pemandangan puncak gunung dari Kowloon, 2006 | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 495 m (1,624 ka) |
Koordinat | 22°21′11″N 114°11′13″E / 22.353102°N 114.187067°EKoordinat: 22°21′11″N 114°11′13″E / 22.353102°N 114.187067°E |
Penamaan | |
Nama asli | 獅子山 |
Geografi | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Hong Kong" tidak wujud.
| |
Lokasi | ![]() |
Lion Rock ("Batu Singa") ialah sejenis gunung batu granit terletak antara Kowloon Tong di daerah Kowloon dan Tai Wai di daerah New Territories. Ia berketinggian 495 meter.[1] Batu gunung ini diukur berusia kira-kira 140 tahun.[2] Ia mendapat namanya kerana rupa muka gunung yang menyerupai seekor singa yang duduk.[1] Ia turut mempunyai suatu taman rekreasi besar sekeliling ia iaitu Taman Desa Batu Singa (Cina Tradisional: 獅子山郊野公園, bahasa Inggeris: Lion Rock Country Park) yang mengandungi hutan simpan.
Kawasan sekitar kaki gunung ini pernah diduduki orang Tanah Besar China yang melarikan diri dan berlindung semasa meletusnya Perang Saudara China; gunung ini lama-kelamaan menjadi lambang semangat waja penduduk rantau Hong Kong secara keseluruhannya.