Lisa Surihani


Lisa Surihani
Memegang watak sebagai Linda di dalam filem Cicakman 3.
Kelahiran
Lisa Surihani binti Mohamed

(1986-03-23) 23 Mac 1986 (umur 38)
PendidikanUndang-undang
Pusat pendidikanKolej Universiti HELP
Universiti Aberystwyth
PekerjaanPelakon, model, pengacara, jurucakap produk, penerbit
Tahun aktif1997–kini
PasanganDatuk Yusry Abdul Halim (k. 2012)
Anak-anak3
IbuSiti Amirah Ahmad
BapaAllahyarham Mohamed Mahbob
SaudaraMohamad Azan Mohamed (abang)

Datin Lisa Surihani Mohamed (lahir 23 Mac 1986) ialah seorang pelakon, model, pengacara dan jurucakap produk Malaysia.[1][2][3][4][5][6] Beliau mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1997 ketika berusia 11 tahun menerusi iklan Ovaltine yang menjadi kemunculan sulungnya di televisyen. Penampilan pertama Lisa di layar kaca ialah menerusi drama Gergasi (2002), seterusnya membuat kemunculan sulungnya di layar lebar pada 2006 menerusi peranannya sebagai Lara dalam filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly, sebelum meraih pengiktirafan meluas menerusi filem I'm Not Single (2008) yang melayakkanya menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22.

Selepas I'm Not Single, Lisa membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) sebagai Mustika Sudirman, filem aksi 2010 V3: Samseng Jalanan yang mana watak Kamsah lakonannya telah melayakkan beliau menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23. Filem lakonannya Lagenda Budak Setan yang mana Lisa memegang watak utama sebagai Ayu, telah melayakkannya menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM 23 dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Sepanjang kerjaya lakonannya, Lisa telah bekerjasama dengan ramai rakan seangkatannya, termasuk Farid Kamil, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Nur Fazura dan Maya Karin. Bagi peranannya sebagai duta dan jurucakap produk, Lisa telah menjadi duta dan jurucakap bagi pelbagai jenama dan produk termasuk Lip Ice Sheer Color, Freshlook, Rexona, DiGi, Garnier, Sofy BodyFit dan Marigold Peel Fresh. Sebagai pengacara, beliau telah mengacarakan program televisyen termasuk Down Memory Lane (RTM), Mari Menari (Astro Ria) dan HBO Sentral (HBO Asia). Pada Februari 2017, Lisa dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF Malaysia.[7][8][9]

  1. ^ Norhayati Nordin (28 Ogos 2020). "Lisa Surihani terfikir sampai bila nak jadi artis". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  2. ^ Alif Fadli Mohd Sori (25 Ogos 2022). "Perubahan tak perlu diceritakan sangat – Lisa Surihani". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2023.
  3. ^ "Lisa Surihani takut terleka dengan pujian". Kosmo!. 30 Jun 2022. Dicapai pada 24 Mac 2023.
  4. ^ Sairul Zamri Misrani (28 Ogos 2022). "Lisa Surihani tak lupa dunia lakonan". Kosmo!. Dicapai pada 24 Mac 2023.
  5. ^ "Presenting Asia's rising star". The Sun Daily. 26 March 2014. Dicapai pada 1 April 2014.[pautan mati kekal] (Inggeris)
  6. ^ Natasha Pack (15 Julai 2019). "5 things we found out about Malaysia's sweetheart actress Lisa Surihani". South China Morning Post. Dicapai pada 24 Mac 2020.
  7. ^ "Lisa Surihani teruja dilantik duta UNICEF". Utusan Malaysia. 22 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-23. Dicapai pada 23 Mac 2017.
  8. ^ "Lisa Surihani duta baru UNICEF". Sinar Harian. 23 Februari 2017. Dicapai pada 23 Mac 2017.
  9. ^ "Lisa Surihani kini duta UNICEF". Harian Metro. 21 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-23. Dicapai pada 23 Mac 2017.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne