Little Busters!

Little Busters!
PembangunKey Sunting ini di Wikidata
Penerbit
Komposer
EnjinRealLive Sunting ini di Wikidata
PlatformMicrosoft Windows, PlayStation 2, PlayStation Portable, PlayStation Vita, PlayStation 3, Nintendo Switch
Genre
ModPemain tunggal Sunting ini di Wikidata

Little Busters! (リトルバスターズ!, Ritoru Basutāzu!) adalah novel visual berbahasa Jepun yang dibangunkan oleh Key. Ia mula dikeluarkan pada 27 Julai 2007 untuk komputer Windows dan kandungannya diklasifikasikan sesuai untuk umum. Little Busters! adalah judul permainan keenam terbitan Key. Versi dewasa permainan ini yang diberikan tajuk Little Busters! Ecstasy dikeluarkan pada 25 Julai 2008 untuk pasaran Windows, berbeza dengan Air dan Kanon yang memang mempunyai versi dewasa lebih awal. Versi Ecstasy kemudiannya dialihpasarkan ke PlayStation 2, PlayStation 3, PlayStation Portable, PlayStation Vita dan Nintendo Switch dengan kandungan dewasa disunting keluar dengan nama Little Busters! Converted Edition. Versi bahasa Inggeris untuk Windows dikeluarkan untuk pasaran platform Steam pada 2017. Cerita ini mengisahkan sekumpulan rakan iaitu Riki Naoe, Rin Natsume, Kyousuke Natsume, Masato Inohara dan Kengo Miyazawa yang sejak kecil bergerak di bawah nama kumpulan Little Busters, kini meneruskan pengajian di sekolah tinggi bersama. Pada suatu hari mereka memutuskan menjadi pasukan bola lisut dan Riki, yang menghidap narkolepsi ditugaskan untuk mengumpul lebih ramai orang untuk pasukan bola lisut itu dan akhirnya mengumpulkan beberapa orang gadis. Riki menjalankan hidupnya sehari-hari bermain dan berhibur bersama kumpulan tersebut, sehingga dia dan Rin mendapat tugasan untuk mempelajari "Rahsia Dunia Ini".

Corak permainan dalam Little Busters! adalah menurut garis plot bercabang yang memberikan senario pratetap terpasang dengan ruangan interaksi, dan memfokuskan kepada tarikan enam watak heroin utama kepada karakter pemain, dan meningkat kepada sembilan dalam Ecstasy. Terdapat permainan-permainan mini ditambah didalam permainan ini, antaranya turutan tempur yang seakan dalam permainan aksi pertarungan atau latihan pukulan bola lisut, yang membolehkan karakter mendapat nilai pengalaman, meraih aksesori untuk pertempuran dan menambah baik nilai stat mereka. Kedua-dua versi asal dan Ecstasy meraih jualan paling tinggi bagi permainan komputer di Jepun pada tahun-tahun keluaran mereka dan versi Ecstasy kemudiannya terjual lebih 100,000 unit. Key kemudiannya menerbitkan judul rantingan dewasa iaitu Kud Wafter pada Jun 2010, yang mengembangkan senario cerita Kudrayavka Noumi salah satu karakter heroin dalam judul ini.

Terdapat 14 adaptasi manga yang berdasarkan dari judul ini yang diterbitkan oleh ASCII Media Works, Kadokawa Shoten dan Ichijinsha. Komik antologi, novel ringan dan buku koleksi seni juga telah diterbitkan, dan begitu juga beberapa album muzik. Terdapat dua rancangan radio internet yang dihoskan oleh pelakon suara Rin dan Kyousuke Natsume serta Kudrayavka Noumi. J.C. Staff menghasilkan siri animasi judul ini dengan 2 musim siaran animasi televisyen dan satu siri animasi video asal antara 2012 dan 2014.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne