Little India Penang லிட்டில் இந்தியா, பினாங்கு India Kecil Pulau Pinang | |
---|---|
![]() Gerbang Little India atau "Little India Arch' | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pulau Pinang |
Bandar | George Town |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Kode panggilan | +60 4 |
Laman sesawang | penanglittleindia |
Little India, Penang atau India Kecil,Penang merupakan sebuah enklaf India di George Town, Pulau Pinang. Ia meliputi area sekitar Lebuh Queen, Lebuh Chulia dan Jalan Pasar (Market Street). Selama bertahun-tahun lamanya, Little India telah menjadi tempat perniagaan dan pelestarian budaya dan tradisi Masyarakat Indiadi Malaysia.Terdapat kedai rerempah, kedai runcit, kedai manisan dan makanan ringan, kedai tekstil, tukang emas, hotel, restoran, warung makan, percetakan malah gerai bunga. Daerah ini mempunyai banyak kemiripan dengan jalan pasar di Chennai, Mumbai atau Delhi. Lokasinya yang berada di pusat Penang Heritage Zone dan dekat dengan pusat kewangan utama Penang, Beach Street menjadikannya salah satu tempat membeli paling terkenal di kalangan tempatan dan pelancong.Ini juga berfungsi sebagai kegiatan komersial dan budaya utama masyarakat Indian Penang.
Tempat ini menjadi lebih ramai pada semasa festival seperti Deepavali, Krismas dan Thaipusam. Little India juga terkenal dengan Masakan India Malaysia.[1]. Kuil Hindu tertua di Pulau Pinang, Kuil Sri Mariamman terletak di sini[2]