Liza Hanim | |
---|---|
Kelahiran | Haliza Hanim binti Abdul Halim 19 November 1979 |
Pendidikan | Diploma Pengurusan Perniagaan[2] |
Pusat pendidikan | Universiti Sunway[2] |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1994–kini |
Karya | |
Pangkat | Pengasas, pengerusi, dan pemilik "HANIM" |
Pasangan | Mohd Shahrin Shamsudin (k. 2003) |
Anak-anak | 5 |
Ibu | Badariah Hanum |
Bapa | Abdul Halim Abdul Razak |
Saudara | Anuar Razak (bapa saudara) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Haliza Hanim Abdul Halim (lahir 19 November 1979) ialah seorang penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan Malaysia.[3] Beliau merupakan salah seorang anak didik Adnan Abu Hassan dan disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik pada era 2000-an, sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.
Liza memulakan kerjayanya pada usia 15 tahun dengan muncul sebagai salah seorang peserta pertandingan Asia Bagus (1994). Kemudian beliau meneruskan kerjayanya dengan menyertai pertandingan nyanyian "Golden Teen Search" anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada usia 17 tahun. Selepas program tersebut berakhir, beliau telah dilamar oleh komposer terkenal tanah air iaitu Adnan Abu Hassan yang pada ketika itu merupakan Pengarah Urusan di syarikat rakaman Suria Records, kemudian beliau menandatangani kontrak bersama syarikat tersebut.[4][5][6] Album studio sulung Liza, Epilog (1997), menggetengahkan konsep "Pop Akustik" dan menghasilkan single yang berjaya seperti "Getaran Cinta Di Jiwa". Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998), album kedua beliau, ia dirakamkan khas untuk memberi penghormatan buat Seniman Agung Negara P. Ramlee dan Biduanita Negara Saloma. Penerbitan album tersebut telah melonjakkan populariti melalui single "Dimana Kan Ku Cari Ganti", "Rindu Hatiku Tidak Terkira", dan "Istana Cinta". Liza seterusnya meneroka elemen pop dengan album ketiganya Puteri Jelmaan (1999), yang mengukuhkan kejayaan kritikal dan komersialnya.
Perjuangan peribadi mempengaruhi album keempat dan kelima Liza, Istimewa (2000) dan Isyarat Jiwa (2001). Yang pertama beliau telah memenangi anugerah perak dalam "Festival Muzik Asia Shanghai" (2000) menerusi persembahan lagu "Andainya Aku Bersuara",[7][8][9][10] manakala beliau dicalonkan untuk "Album Pop Terbaik" dan "Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album" (Wanita) di Anugerah Industri Muzik ke-8 (2001), beliau juga merakamkan lagu berbahasa Inggeris bertajuk "Best of You". Isyarat Jiwa (2001) berjaya menguasai carta "Muzik-Muzik" menerusi dan "Gelisah Mimpi", dan beliau memenangi "Anugerah Vokal Terbaik" dalam persembahannya menerusi lagu "Gelisah Mimpi" di Anugerah Juara Lagu ke-17 (2002). Liza turut bereksperimen dengan elemen pop dan r&b pada album seterusnya, Ku Teruskan (2003). Liza Hanim menceburi muzik urban dalam album ketujuhnya, Imagin (2007), yang menghasilkan single "Lara" dan "Imaginasimu (hey Liza!)".
Di luar bidang muzik dan filem, Liza telah bekerja dengan banyak melakukan organisasi amal. Usaha perniagaannya termasuk "HANIM", jenama wangian yang dilancarkan pada 2020, jenama tudung yang dilancarkan pada Mac 2021 dan jenama lilin yang dilancarkan pada 2022.
|date=
(bantuan)